,
Gaya Hidup

“Hari Yang Sangat Istimewa” - 'Magneto' Dapat Vaksin Covid-19

Badrul Hashim
18/12/2020
02:50 MYT
Aktor yang terkenal dengan watak Magneto dalam siri filem X-Men, Sir Ian McKellen menjadi selebriti terkini yang menerima vaksin Covid-19.
Perkara tersebut dikongsi oleh pelakon berusia 81 tahun itu di Instagram miliknya sambil mengucapkan terima kasih kepada National Health Service (NHS), United Kingdom.
"Ianya hari yang sangat istimewa. Untuk sesiapa yang hidup lama seperti saya dan masih bernafas kerana mereka pernah menerima vaksin-vaksin sebelum ini.
"Pastinya 100% daripada generasi lama menerimanya kerana kita mendapatkannya bukan hanya untuk diri kita sendiri tetapi juga untuk mereka yang dekat dengan kita. Kita lakukannya untuk masyarakat kita," tulisnya pada entri tersebut.
Tambah McKellen lagi, pengambilan vaksin tersebut tidak menyakitkan dan sungguh mudah.
"Bertemu dengan petugas-petugas NHS dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bekerja begitu keras adalah satu bonus.
"Saya tidak teragak-agak untuk menyarankannya kepada orang lain. Saya sangat bertuah kerana mendapat vaksin ini," tulisnya lagi.
Sir Ian McKellen bukan sahaja terkenal sebagai Magneto dalam siri filem X-Men, tetapi juga sebagai watak ahli sihir (wizard) dalam filem-filem Lord of The Rings.
Terdahulu, United Kingdom menjadi negara pertama di dunia melaksanakan program Vaksin dan seorang pesara wanita menjadi individu pertama yang menerima suntikan vaksin virus ini.
Kredit Gambar: Instagram Ian McKellen
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Laman Utama

Kes COVID-19 Lebih 12,000, KKM Saran Ambil Dos Penggalak Ketiga

gempak
15/12/2023
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19
Laman Utama

Kerajaan Selangor Bagi Vaksin Covid-19 & Booster Percuma Lagi, Ini Senarai Klinik

gempak
07/01/2023
11:00 MYT
Vaksin Covid-19 & Booster Percuma Rakyat Selangor
Laman Utama

Viral Beri Ratusan Kucing Liar Vaksin & Makanan, Ariel Tatum: “Dulu Saya Benci”

gempak
12/09/2022
14:26 MYT
Awww! Cat lover!
Laman Utama

“Boleh Menyebabkan Radang Otak”- Minta Ambil Vaksin, Dr Izzar Kongsi 3 Musim Influenza Dalam Setahun

gempak
10/07/2022
05:41 MYT
Ini 3 Waktu Dalam Setahun Influenza Datang