,
Hiburan

Hari Jumaat Diisytihar Hari Tulisan Jawi - Mujahid

Fiza Kamarudin
05/09/2019
01:52 MYT
Hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata tulisan jawi adalah platform untuk mengembalikan sejarah warisan negara kerana Malaysia dan Bahasa Melayu secara khususnya menggunakan tulisan itu sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahu pun masyarakat.
“Insya-ALLAH dengan semangat ini, kita mengekalkan tradisi dan budaya bangsa kita yang sepatutnya saya ulangi, disokong oleh semua kaum kerana jawi bukan hak Melayu tetapi warisan kita Malaysia.
“Diharap usaha ini dapat menyemarakkan lagi, mengekalkan tradisi dan memberi inspirasi kepada kementerian lain untuk turut sama menyemarakkan tulisan jawi dalam mengekalkan budaya tradisi sejarah bangsa kita yang kita hormati dan kagumi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Mujahid melancarkan program Semarak Tulisan Jawi bagi peringkat agensi-agensi di bawah kementeriannya dengan menyampaikan tag nama dalam tulisan itu kepada setiap ketua agensi, yang program berkenaan akan dilaksanakan oleh seluruh kakitangan agensi agama dengan memakai tag nama setiap hari Jumaat.
“Saya tidak pernah menganggap tulisan jawi sebagai satu proses Islamisasi sebagaimana yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu walaupun ia hampir dengan pentadbiran Islam dari segi apabila tulisan jawi hampir pupus di peringkat penggunaan rasmi, hanya pentadbiran-pentadbiran Islam yang mengekalkan ia bagi tujuan untuk kita terus memastikan sejarah budaya tulisan jawi dikekalkan,” katanya.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Unitar