HIBURAN
"Hari Ini Hari Istimewa..." - Sambut Hari Jadi, Siti Khadijah Hadiahkan Kereta Untuk Parents
Pelakon, Siti Khadijah Halim sekali lagi mencuri perhatian netizen kerana dia menghadiahkan sebuah kereta kepada ibu bapanya sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di TikTok, aktres itu dilihat menyambut hari lahirnya di sebuah kafe bersama ahli keluarganya.
Kemudian, dia membawa ibu bapa ke pameran kereta jenama tempatan dan menghadiahkan sebuah kereta Proton S70 kepada mereka.
Bagaimanapun, Ibu dan bapa kepada pelakon Wanita Syurga itu tidak dapat menahan air mata mereka kerana menerima hadiah istimewa itu dari anak mereka.
“Hari ini adalah hari yang istimewa bagi saya sebab saya akan pickup satu hadiah yang sangat berharga dan bermakna bagi saya.
“Setiap tahun saya akan hadiahkan diri saya sesuatu. Tahun ini hadiahnya sedikit berbeza dan perasaan saya bercampur baur,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat momen tersebut dan memuji tindakan mulia Siti yang berusaha membahagiakan kedua ibu bapanya.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Siti Khadijah dahlah cantik, anak solehah insyaallah nanti dipermudah urusan.”
“Sedihnya tengok ayah dia start nangis duluuu.”
“Doakan semoga saya dapat hadiahkan abah saya kereta yang selama ni dia idamkan”, komen dari netizen.
BERITA BERKAITAN: “Saya Pernah Kena Campak Skrip” - Siti Khadijah Halim Dedah Dibuli Di Set Penggambaran
BERITA BERKAITAN: Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."
BERITA BERKAITAN: "Saya Pernah Kena Kejar Anjing, Takut Sangat" - Siti Khadijah Atasi Trauma, Sebar Kesedaran Jangan Aniaya Haiwan
BERITA BERKAITAN: Siti Khadijah Dituduh Biadab & Berlagak Diva Ketika Beli Kopi, Ini Jawapan Tuan Empunya Badan - “Sebenarnya saya…”
Must-Watch Video