,
Gaya Hidup

"Hari Ini Genap Usia Saya 62 Tahun" - Permaisuri Agong Kongsi Usia Ikut Kalendar Islam

Badrul Hashim
29/09/2020
14:15 MYT
Selain berkongsi pelbagai resepi masakan tradisional dan moden serta hasil kerja tangan di Instagram milik baginda, airtangan_tunkuazizah, sesekali Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan turut berkongsi perkara-perkara berkaitan keluarga baginda.
Terbaru baginda berkongsi usianya mengikut kalendar Islam. Tunku Azizah diputrikan pada 5 Ogos 1960, bersamaan 11 Safar 1380 AH.
"Hari ini genap usia Islam saya 62 tahun... 2 tahun sudah pencen!!!" seloroh baginda.
"Semoga Allah swt rahmati saya dan ampunkan dosa-dosa saya, sihat waalfiat dan dimurahkan rezeki... amin... Saya juga berusia 60 tahun!" tulis baginda pada satu entri di Instagram airtangan_tunkuazizah.
Ramai rakyat jelata yang turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir kepada baginda. Lebih seribu komen yang ditinggalkan oleh rakyat pada entri tersebut.
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dilahirkan di Istana Stulang, Johor Bahru, pada 5 Ogos 1960, merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche' Besar Hajah Kalsom Abdullah dan dibesarkan oleh Tunku Zanariah Tengku Ahmad.
Baginda merupakan adinda kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dua Kali Bersalin Secara Ceaser, Shila Amzah Tak Mungkin Hamil Lagi – “Ia Agak Berisiko, Usia Saya Juga Akan Mencecah…”

gempak
07/08/2024
21:55 MYT
“Cukup lah, dah sepasang” demikian kata penyanyi Shila Amzah apabila ditanya mengapa berhasrat untuk tidak mahu menambah cahaya mata lagi.
Berita

#AgongKita: Seorang Penulis & Bergiat Aktif Dalam Kebajikan… Ini Biodata Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

gempak
20/07/2024
08:25 MYT
Berikut ialah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).
Gaya Hidup

#AgongKita: 30 Kru, 21 Sulaman Motif Bunga Raya & Awan Larat, Ini Fakta Menarik Persalinan Raja Permaisuri Rekaan Datuk Radzuan Radziwill

gempak
20/07/2024
06:30 MYT
Motif bunga raya disulam menggunakan manik kristal berwarna keemasan menyerikan Kurung Johor yang dikenakan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Viral

Beri Bayi Usia 10 Hari Makan, Tindakan Individu Ini Dibidas Netizen - "Kalau Tersedak Macam Mana?"

gempak
20/05/2024
07:02 MYT
Satu hantaran di media sosial baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila entri tersebut memaparkan seorang individu memberi makan kepada bayi yang berusia hanya 10 hari. Menerusi tangkap layar komen yang dimuat naik semula di Platform X, empunya video menjawab kepada pertanyaan seorang individu yang mengajukan soalan tentang usia bayi berkenaa
Hiburan

Hadir Ke Konsert Setiap 2 Minggu Boleh Perpanjang 9 Tahun Usia, Mitos Atau Fakta?

gempak
31/03/2024
02:04 MYT
Adakah itu hanya mitos atau fakta?