gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
The Experts: DIY Bukan Sekadar Kreatif! Amin Abid Kongsi Cabaran Sebenar Jadi Content Creator
HIBURAN
Dikecam Sebab Anak Tak Sengaja Terlangkah Al-Quran, Ryzal Ibrahim Mohon Maaf - “Kalau Saya Tak Tahu Adab Menjaga Mushaf, Mustahil Baca…”
HIBURAN
“Soal Rezeki Atau Tidak Itu Di Tangan Allah” - Ahmad Idham Anggap Filem Impak Maksima 2 Peluang Untuk Kembali
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Harga Tiket Konsert Adele Di Las Vegas Lagi Mahal Daripada Harga Yamaha Y15ZR?

Izwan Isa
Izwan Isa
04/12/2021
04:50 MYT
Sponsor Banner
Harga Tiket Konsert Adele Di Las Vegas Lagi Mahal Daripada Harga Yamaha Y15ZR?
Tidak sampai sebulan album terbaharu Adele, 30, dipasarkan, penyanyi asal London itu mengumumkan konsert residensi yang dijadualkan berlangsung selama 12 minggu di Caesars Palace Hotel di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Menerusi perkongsian di Instagram berkata: “See you at Caesars in Vegas!”. Mengikut jadual, konsert residensi berjudul Weekends With Adele berkenaan akan bermula pada 21 Januari hingga 16 April 2022.
See you at Caesars in Vegasss ✨ pic.twitter.com/VngaofduHQ
— Adele (@Adele) November 30, 2021
Bagaimanapun, peminat Adele melahirkan rasa kecewa apabila melihat harga tiket yang diumumkan oleh pihak penganjur baru-baru ini. Harga tiket paling murah yang dijual bagi residensi tersebut bermula AS$2,000 (RM8,460).
Seorang peminat menerusi kemas kini di Twitter berkata: “Saya, yang tidak mampu untuk membeli tiket memang tiada peluang untuk pergi ke konsert kerana saya berada di bahagian lain planet Bumi.”
Manakala seorang lagi peminat meluahkan perasaan dan mendakwa harinya telah dirosakkan selepas menyaksikan harga tiket residensi Adele.
Adele’s tickets start from $4,000 to $11,000. HELLO FROM THE OUTSIDEEE pic.twitter.com/RaeGK8NVdT
— nightmares ? (@heynighty) December 3, 2021
“Hari saya telah rosak… Adele umumkan tarikh residensi di Vegas dan saya tidak mampu untuk pergi. Apa yang saya mahukan untuk Krismas adalah Adele datang lebih dekat, dan bukannya dengan harga AS$2,000,” katanya.
Dalam pada itu, peminat yang ketiga berkata: “Saya sangat sedih tentang hal ini. Saya dan keluarga saya sangat sukakan kamu dan saya tidak mempunyai wang yang banyak untuk menyaksikan kamu di Vegas.
“Saya rasa agak gila untuk kamu meletakkan harga semahal itu untuk tiket konsert dan agak sedih bila impian saya untuk menyaksikan kamu tidak tercapai,” katanya.
Untuk perbandingan, satu tiket konsert residensi Adele dilihat lebih mahal berbanding harga sebuah motosikal Yamaha Y15ZR, yang dijual pada harga sekitar RM8,168 seunit tanpa insurans.
Topic Berkaitan
#Adele
#Las Vegas
#Weekends With Adele
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement