,
Berita

Harga Diesel RM3.35 Seliter Bermula Isnin

Gempak
09/06/2024
15:25 MYT
Kerajaan menetapkan harga diesel di Semenanjung pada kadar RM3.35 seliter bermula Isnin selaras dengan perlaksanaan penyelarasan semula subsidi bahan api tersebut.
Menteri Kewangan Il, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, penetapan dibuat mengikut harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula 'Automatic Pricing Mechanism'.
Menurutnya, untuk tempoh seterusnya, harga diesel semasa akan diumumkan pada setiap minggu, mengikut amalan semasa Kementerian Kewangan.
"Namun, kerajaan akan terus memantau keadaan semasa bagi mengelakkan ketidakstabilan harga.
"Kerajaan dah bertahun-tahun mengawal harga di stesen-stesen minyak. Ada kaedah yang kita boleh stabilkan harga. Jadi, kalau ada lonjakan harga kita akan cuba stabilkan harga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Pun Tak Tahu Tu Tong Sampah” - KKM Bakal Siasat Peniaga Rendam Sotong Dalam Bekas Yang Didakwa Dikhaskan Untuk Isi…

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga Restoran Tidak Bersekolah Dikritik Gara-Gara Komen Ini Di Instagram…

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan Merungut Harga Nasi Lemak RM3, Netizen Backup Peniaga - “Nak Murah Masak Sendiri”

ARTIKEL BERKAITAN: Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?

ARTIKEL BERKAITAN: Restoran Biar Tikus Berkeliaran Di Kawasan Restoran Buat Pelanggan Kembang Tekak - “Aku Tak Akan Makan Sini Lagi Dah!”

"Bagaimanapun jika kenaikan harga drastik dijangka dalam tempoh lama, kita akan lihat bagaimana kaedah terbaik yang kita boleh buat,"katanya pada Sidang Media Penyasaran Subsidi Diesel di sini pada Ahad.
Beliau menegaskan, penyasaran semula subsidi yang dilakukan kerajaan adalah memastikan ia memanfaatkan golongan yang benar-benar layak sahaja dan mahu ketirisan yang amat merugikan rakyat dan negara dihentikan.
Katanya, dengan langkah itu juga, kerajaan menjangkakan pengurangan serta-merta kerugian daripada aktiviti ketirisan yang boleh membawa kepada penjimatan sebanyak RM4 billion setahun.
"Penjimatan yang diperoleh kerajaan daripada langkah penting ini akan memastikan terdapat lebih banyak sumber untuk disalurkan ke dalam sektor kritikal lain yang secara langsung akan meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk infrastruktur awam, penjagaan kesihatan dan pendidikan untuk anak-anak kita," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata, tiada tarikh tutup ditetapkan bagi permohonan bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif Budi Madani.
Katanya, seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan pertama bawah inisiatif tersebut pada Isnin.
"Sekali lagi, saya ingin mengingatkan rakyat Malaysia yang layak untuk memohon bantuan tunai ini. Mereka yang memohon pada bulan Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan Jun dan seterusnya.
"Mereka yang terlepas membuat permohonan pada bulan Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan permohonan dan seterusnya,"katanya.
Harga diesel di Malaysia dengan jumlah subsidi sebelum pelarasan semula, dijual pada empat harga yang berbeza mengikut subsidi iaitu RM1.65 bagi nelayan; RM1.88 bagi pengangkutan awam darat; RM2.15 bagi kenderaan komersial dan persendirian, serta pernah mencecah RM3.60 bagi sektor komersial tanpa subsidi.
Sumber: Sinar Harian

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nadhir Nasar Terima Teguran Pelakon Senior - “Pasti Ada Saja Yang Mereka Pendam Kepada Pendatang Baharu”

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Pelakon Nadhir Nasar bersetuju dengan kenyataan berhubung ramai pelakon generasi baharu yang bertubuh sasa gagal melakukan babak aksi dengan betul seperti yang disuarakan oleh pelakon senior, Ruzaidi Abdul Rahman baru-baru ini.
Hiburan

Nama Lambat Panas Berbanding Rakan Lain Selepas Hero Remaja, Jazmy Juma Percaya Pada Rezeki – “Saya Tak Rasa Terkejar-Kejar"

gempak
20/08/2024
02:55 MYT
Pelakon meningkat naik Jazmy Juma melihat kerjayanya kini kian berkembang sekaligus mengecap populariti.
Gaya Hidup

Getha Lancar Produk Baharu, Tampilkan Ciri-Ciri Inovatif Demi Keselesaan Pengguna

gempak
19/08/2024
17:55 MYT
Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Pameran Getha menawarkan peluang unik untuk orang ramai melihat dengan lebih dekat produk dan menjiwai warisan jenama ini.
Berita

PLKN 3.0 Dilaksana Bermula Jun 2025 Dengan Format Baharu

gempak
11/07/2024
05:30 MYT
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berfasa bermula Jun atau Julai 2025 dengan konsep dan format baharu, menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Gaya Hidup

Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

gempak
10/07/2024
01:00 MYT
Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.