,
Laman Utama

Harga Ayam Naik, Dedak Import Antara Puncanya

Awani
18/04/2021
23:25 MYT
Kenaikan harga makanan ternakan yang terdiri daripada soya dan jagung yang kebanyakannya diimport dari Argentina dan Brazil dikesan menjadi antara punca kenaikan harga ayam.
Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjelaskan, kenaikan harga dedak itu sekali gus menjejaskan harga ayam dalam rantaian bekalan dan peringkat ladang ke pemborong, peruncit dan pengguna.
“Susulan beberapa kes kenaikan harga ayam yang dikesan baru-baru ini, KPDNHEP turut melaksanakan Ops Catut 8.0 (Ayam) yang bermula 15 April lalu.
“Sehingga 16 April lalu, sejumlah 24 notis telah dikeluarkan kepada pemborong, 16 notis kepada penternak yang disyaki mencatut.
“KPDNHEP menerima 15 aduan berkaitan harga ayam, daging (satu) ikan (15) dan sayur (dua) di seluruh negara sejak puasa bermula,” kata Alexander dalam satu kenyataan pada Ahad.
Katanya, KPDNHEP sentiasa memandang serius terhadap isu kenaikan harga barangan yang boleh memberi kesan kepada kos sara hidup rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit berkata, dakwaan paparan harga ikan, ayam dan daging lembu yang dikatakan tinggi di aplikasi PriceCatcher kurang tepat serta tidak menggambarkan situasi sebenar.
Menurut beliau, paparan yang tular itu hanya membabitkan harga ikan kembung, ayam dan daging dan tidak menunjukkan harga di semua tempat.
Jelasnya, paparan yang tular itu juga membabitkan harga tiga barang itu di premis-premis sekitar di daerah “up-market” Bukit Bintang sahaja.
“Semakan mendapati terdapat premis lain di kawasan berdekatan yang menjual tiga barangan berkenaan pada harga lebih murah.
“Paparan harga aplikasi PriceCatcher disusun mengikut premis dan lokasi serta harga dari terendah kepada tertinggi dan ia bertujuan memudahkan pengguna membandingkan harga ditawarkan semua premis berdekatan dengan lokasi pengguna.
“Oleh itu, ia adalah kurang tepat membuat rumusan harga hanya berdasarkan satu premis tertentu sahaja kerana dalam dunia yang penuh dengan pilihan, aplikasi PriceCatcher memberikan pilihan kepada pengguna memilih dan seterusnya menjadi pengguna yang bijak,” jelasnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Malaysia Ada Makanan Terbaik Di Dunia" - Uncle Roger

gempak
12/09/2024
09:25 MYT
Pelawak dan Youtuber asal Malaysia, Nigel Ng, telah melancarkan restoran sulungnya, ‘Fuiyoh! It’s Uncle Roger’ di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Viral

Jijik! Pelanggan Sanggup Letak Sendiri Lipas Dalam Makanan Demi Makanan Percuma

gempak
05/09/2024
14:55 MYT
Sepotong video memaparkan perbuatan empat sekeluarga meletakkan lipas di atas pinggan restoran untuk makan secara percuma tular baru-baru ini.
Viral

“Ingin Dimaklumkan Central Kitchen Kami Telah Menerima Sijil Halal JAKIM” - Dolly Dim Sum

gempak
04/09/2024
06:20 MYT
Syarikat restoran makanan popular, Dolly Dim Sum memaklumkan dapur berpusat (central kitchen) yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangannya telah menerima sijil halal dari pihak JAKIM.
Berita

Diminta Hantar Makanan Ke Balai Polis, Pelanggan Rupa-Rupanya...

gempak
22/08/2024
14:55 MYT
Seorang penghantar makanan Thailand menempuh detik seram apabila menerima pesanan daripada seorang pegawai polis yang sudah meninggal dunia.
Viral

Sesuka Hati Ubah Resepi Kunafa, Netizen Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Peniaga Makanan Tempatan

gempak
12/08/2024
05:25 MYT
Gabungan makanan antara tempatan dan antarabangsa bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia.