HIBURAN
Harap Bersabar! Tayangan Avengers: Doomsday & Avengers: Secret Wars Ditunda
Peminat setia Marvel Cinematic Universe (MCU) terpaksa menunggu lebih lama untuk menyaksikan dua filem paling dinanti-nantikan iaitu Avengers: Doomsday dan Avengers: Secret Wars selepas Disney mengumumkan penundaan tayangan filem tersebut.
Menerusi satu kenyataan rasmi Disney pada Khamis, filem AAvengers: Doomsday yang pada asalnya dijadualkan ditayangkan pada 1 Mei 2026 kini ditunda selama tujuh bulan ke tarikh baharu iaitu 18 Disember 2026.
Sementara itu, Avengers: Secret Wars turut menerima nasib yang sama apabila tarikh tayangannya diubah daripada 7 Mei 2027 kepada 17 Disember 2027.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada penyusunan semula besar-besaran jadual tayangan filem Disney, termasuk beberapa perubahan terhadap filem Marvel yang belum diumumkan secara rasmi.
Strategi ini sejajar dengan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger, yang mahu Marvel memberi tumpuan semula kepada kualiti berbanding kuantiti dalam setiap terbitan mereka.Penjadualan baharu ini turut menyaksikan kedua-dua filem Avengers mengambil slot musim cuti hujung tahun, yang sebelum ini terbukti berjaya menerusi kejayaan “Spider-Man: No Way Home” pada Disember 2021 yang berjaya mencatat kutipan lebih US$1.9 bilion (RM8.93 bilion) di seluruh dunia.
Setakat ini, “Avengers: Doomsday” dan filem “Spider-Man: Brand New Day” terbitan Sony merupakan satu-satunya filem MCU yang dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2026.
Must-Watch Video