,
Laman Utama

"Haram Sebar Video Atau Gambar Mangsa Rentung ..." - Dr Zulkifli Al Bakri

Izwan Isa
17/08/2023
23:55 MYT
Semalam, Malaysia digemparkan oleh satu tragedi pesawat ringan terhempas di Elimina, Shah Alam Selangor.
Menerusi tragedi menyayat hati itu, 10 terkorban, termasuk enam penumpang pesawat, dua kru dan dua orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Justeru, tidak hairanlah jika banyak perkongsian dibuat oleh netizen di media sosial, seiring dengan perkembangan tragedi.
Namun, ada satu hal yang tidak enak apabila ada dalam kalangan pengguna internet turut berkongsi video dan gambar-gambar mangsa yang terkorban dalam tragedi berkenaan, termasuk mayat yang telah rentung terbakar.
Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi platform X berkata, tindakan menyebarkan sebarang bentuk visual berkenaan dengan mangsa tragedi hukumnya haram.
“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,” tulis Zulkifli.
Dalam masa yang sama beliau turut berkongsi sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud:
“Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. Riwayat Muslim (2564).
BACA: Tragedi Pesawat Terhempas: Penunggang Motosikal Sempat Jerit Allahuakbar​
BACA: Pesawat Ringan Terhempas Di Elmina Shah Alam, Ada Mangsa Dikhuatiri Maut?​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Berita

“Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah” - Jeritan Terakhir Pembantu Juruterbang Nahas Elmina

gempak
16/08/2024
10:47 MYT
Transkrip perakam suara kokpit milik pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1), N28JV yang terhempas di Elmina, Shah Alam tahun lalu, mendedahkan detik akhir dialami juruterbang yang panik dan ketakutan ketika tragedi itu.
Berita

Kegagalan Kawal Penerbangan Punca Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina

gempak
16/08/2024
09:14 MYT
Nahas pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) di Bandar Elmina tahun lalu disahkan berpunca daripada kehilangan kawalan semasa penerbangan disebabkan masalah protokol yang tidak disengajakan.
Berita

Nahas Elmina: Laporan Akhir Dikeluar Beberapa Hari Lagi - Anthony Loke

gempak
14/08/2024
09:25 MYT
Laporan akhir berhubung nahas kemalangan udara Elmina di Shah Alam yang mengorbankan 10 nyawa pada 17 Ogos tahun lalu dijangka dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.
Laman Utama

Bidaan Jam Rolex Dr Zul Ditutup Pada Harga RM135,000: “Semoga Allah Ganjari Niat Murni…”

gempak
01/11/2023
01:19 MYT
Jam tangan Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akhirnya berjaya dibida