,
Laman Utama

Haqiem Stopa Didakwa Simpan Gambar, Video Lucah Bekas Kekasih

Gempak
14/12/2022
08:36 MYT
Ikon permotoran Haqiem Stopa didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas teman wanitanya dalam dua telefon bimbit miliknya lima hari lalu.
Bagaimanapun Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menyimpan gambar dan video lucah seorang wanita berusia 21 tahun di dalam simpanan galeri telefon bimbit jenis Iphone 13 Pro Max dan Iphone 7plus miliknya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Rawang di sini pukul 4.30 petang pada 9 Disember lalu yang didakwa mengikut Seksyen 292(a) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi mencadangkan jumlah jaminan RM4,000.
Bagaimanapun Haqiem Stopa yang diwakili peguam Mohd. Faiz Fahmy Abdul Razak daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jumlah ikat jamin dikurangkan dengan alasan tertuduh menanggung ibu dan bapa yang uzur.
“Tertuduh bekerja sebagai pencipta kandungan (content creator) mohon jumlah jaminan yang rendah,” kata peguam itu.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak Majistret Nur Hafizah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Untuk rekod Haqiem Stopa mempunyai 1 juta pengikut di aplikasi TikTok di bawah nama ‘haqiemstopa’.
Sabtu lalu Kosmo! Online melaporkan seorang pemuda yang juga terkenal sebagai ikon permotoran ditahan kerana disyaki mengugut menyebarkan gambar lucah bekas kekasihnya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Noor Ariffin Mohamad Nasir yang mengesahkan perkara itu berkata, suspek ditahan untuk siasatan selepas polis menerima laporan dibuat mangsa.
Sumber: Kosmo Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Sean Diddy Tawar RM200 Juta & Rumah Lepas Jenayah Seks, Mahkamah Tetap Hantar Ke Penjara

gempak
19/09/2024
15:13 MYT
Mahkamah Persekutuan di Amerika Syarikat menolak Sean Diddy Combs diikat jamin meski rapper tersebut sanggup membayar sejumlah nilai yang besar agar dibebaskan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Berita

"Kira Duit Siap-Siap, Keluarga 'Abang Bas' Mahu Ambil Tindakan" - Peguam

gempak
17/09/2024
08:25 MYT
Keluarga 'Abang Bas' mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sepanjang ditahan polis akibat dituduh di mahkamah.