gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Sekolah Kerajaan Kelantan Mula Pukul 8 Pagi, Bagi Ruang Pelajar Solat Subuh
HIBURAN
Penampilan Terkini Syahrini Di Festival Film Cannes 2025 Jadi Perhatian
HIBURAN
“Adakah Dia Tidak Pernah Melihat Payud*ra Sepanjang Hidupnya?” - Leona Ulas Isu Terima Komen Lucah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

Hanya Tinggal Kenangan! Ini 7 Francais Makanan Yang Tidak Lagi Beroperasi Di Malaysia

gempak
Asyraf Roslan
18/03/2025
13:55 MYT
Sponsor Banner
Hanya Tinggal Kenangan! Ini 7 Francais Makanan Yang Tidak Lagi Beroperasi Di Malaysia
Industri makanan dan minuman (F&B) merupakan salah satu sektor paling kompetitif di dunia.
Dengan kemunculan banyak francais dan restoran baharu setiap tahun, tidak semua perniagaan mampu bertahan lama dalam pasaran.
Di Malaysia, beberapa jenama makanan terkenal yang suatu ketika dahulu mendapat sambutan hangat kini telah menghentikan operasi mereka sepenuhnya.
Berikut adalah tujuh francais makanan yang pernah popular tetapi tidak lagi wujud di Malaysia:

Wendy’s

Jenama Wendy’s pernah menjadi kegilaan ramai semasa ia mula dibuka di Malaysia pada tahun 2008.
Menu ikonik seperti Frosty, Cili Daging dan Mushroom Melt Burger menjadi pilihan utama setiap pelanggan yang datang.
Namun, pada tahun 2019, cawangan Wendy’s di Malaysia mula ditutup satu demi satu.
Walaupun sebab sebenar penutupan tidak dinyatakan, difahamkan bahawa kumpulan Berjaya, pemegang francais Wendy’s di Malaysia mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui lesen francais mereka.

Shakey’s Pizza

Sebelum wujudnya jenama Pizza Hut di Malaysia, Shakey’s Pizza merupakan pelopor dalam pasaran pizza tempatan.
Francais ini membuka cawangan pertamanya pada tahun 1978 dan terkenal dengan pizza keju serta mojo potatoes yang sangat digemari ramai.
Shakey’s bertahan lama di Malaysia, tetapi pada tahun 2005, sebanyak 21 cawangannya ditukar kepada Domino’s Pizza selepas satu perjanjian kerjasama ditandatangani.
Outlet terakhir Shakey’s di Malaysia, dipercayai terletak di Summit USJ, akhirnya ditutup buat selamanya pada tahun 2009.

White Castle

Francais burger terkenal dari Amerika Syarikat, White Castle, pernah mempunyai beberapa cawangan di Malaysia termasuk di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, Aeon Taman Maluri, dan Melaka.
Dikenali sebagai rangkaian burger tertua di dunia, White Castle menampilkan burger kecil berbentuk segi empat yang dikenali sebagai sliders.
Namun, tempoh perkhidmatan mereka di Malaysia tidak bertahan lama.
Tidak diketahui bila dan di mana cawangan terakhir White Castle di Malaysia ditutup, tetapi ramai percaya bahawa ia gagal menarik pelanggan kerana rakyat Malaysia lebih cenderung kepada burger yang bersaiz besar.

Grandy’s

Grandy’s merupakan antara rangkaian makanan segera dari Amerika yang terawal memasuki pasaran Malaysia. Ia menawarkan sajian ala Selatan Amerika seperti ayam goreng, mashed potatoes, dan jagung rebus.
Restoran pertama Grandy’s di Malaysia dibuka di Subang Parade pada tahun 1988.
Namun sekitar tahun 2000 satu demi satu cawangannya mula ditutup.
Sehingga kini, sebab sebenar penutupannya masih tidak didedahkan kepada umum.

Hartz Chicken Buffet

Francais ini diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan tahun 1990-an dan menawarkan konsep bufet makan sepuasnya dengan harga tetap sekitar RM15 ketika itu.
Pelanggan boleh menikmati pelbagai hidangan ayam seperti goreng, panggang, dan salai. Namun, kualiti makanan dan perkhidmatan mula merosot dengan ketara, menyebabkan cawangannya ditutup satu demi satu.
Outlet terakhir Hartz Chicken Buffet di terletak di Sunway Pyramid akhirnya ditutup sekitar tahun 2013 atau 2014.
Namun, restoran ini masih lagi beroperasi di Kuching, Sarawak.
Credit Image: Tripadvisor

Bubba Gump Shrimp Co.

Diinspirasikan oleh filem klasik 1994, Forrest Gump, restoran ini mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2008. Bubba Gump Shrimp Co. menawarkan hidangan makanan laut ala Amerika yang dimasak bersama rempah Cajun.
Tiga lokasi utama restoran ini di Malaysia adalah di The Curve, Citta Mall, dan Sunway Pyramid.
Namun, menjelang September 2018, kesemua cawangan ini telah ditutup. Walaupun alasan rasmi penutupan tidak diumumkan, ramai percaya bahawa ia berpunca daripada prestasi perniagaan yang merosot.

Papa John’s

Selain Domino’s dan Pizza Hut, jenama Papa John’s juga pernah menjadi pilihan rakyat Malaysia yang ingin mencuba pizza berkualiti tinggi.
Francais ini memulakan operasinya di Malaysia dengan membuka cawangan pertama di Berjaya Times Square pada tahun 2009. Namun, persaingan sengit dalam pasaran pizza menyebabkan Papa John’s sukar untuk bertahan.
Selepas bertahun-tahun cuba bersaing, francais ini akhirnya menutup cawangan terakhirnya di Malaysia pada tahun 2016.
Sumber: Rojak Daily
Topic Berkaitan
#Restoran
#F&B
#Grandy’s
#Papa Johns
#Wendys
Must-Watch Video