gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Que Dedah Alami Ketidakstabilan Punca Dia Tersingkir - “Saya Nak Berdiri & Menari Sangat Susah”
VIRAL
Maryam Younarae Terima DM Kata Dah Tak Cantik Lepas Peluk Islam, Ini Respons Tuan Badan - “Masa Itu, Kalau Saya Duduk Neraka Pun…”
HIBURAN
Akhirnya Isteri Haqiem Rusli Bertemu Dengan Kak KM - “Kalau Cakap Adik-Beradik Pun Orang Percaya”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Hanya Sekali Lafaz... Risteena & Isa Khan Sah Jadi Suami Isteri

gempak
Zulaikha Yusof
12/03/2021
04:09 MYT
Sponsor Banner
Hanya Sekali Lafaz... Risteena & Isa Khan Sah Jadi Suami Isteri
Pelakon Risteena Munim, 32, dan Isa Khan, 28, selamat menjadi pasangan suami isteri, pagi tadi hanya dengan sekali lafaz.
Majlis akad nikah itu telah diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya kira-kira pukul 10.40 pagi.
Menerusi Instagram Live yang dibuat di akaun Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, dia meluahkan rasa syukur selepas semuanya berjalan dengan lancar.
Risteena dan Isa memilih untuk mengenakan persalinan putih dari pereka fesyen Ezuwan Ismail.
Menerusi video yang dikongsikan juga, dapat dilihat majlis itu hanya dihadiri oleh anggota keluarga termasuklah adik Risteena iaitu pelakon, Ruhainies.
Sehingga kini, Gempak masih menantikan kenyataan rasmi daripada Risteena dan Isa.
Terdahulu, pasangan sejoli ini telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Disebabkan pandemik Covid-19, mereka terpaksa menundakan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan pada 21 November tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video