gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
2 Rakyat Malaysia Ditahan Sembunyi Dalam But Kenderaan Untuk Keluar Dari Singapura
BERITA
Bapa Pijak, Pukul Anak Usia 22 Bulan Ugut Isteri Lari Rumah Pulang
BERITA
30​ Tahun Berbakti, Guru Hanya Terima Gaji RM83 Tiga Bulan Sekali
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Hanya Lima Hari Setiap Pelakon, Tom Lim Hadapi Tekanan Masa Ketika Arah Worth The Wait - “Setiap Pelakon Hanya Boleh..."

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
08/07/2025
14:55 MYT
Sponsor Banner
Hanya Lima Hari Setiap Pelakon, Tom Lim Hadapi Tekanan Masa Ketika Arah Worth The Wait - “Setiap Pelakon Hanya Boleh..."
Pengarah filem Worth The Wait, Tom Lim Shu Yu, mengakui cabaran terbesar ketika mengarah filem ini adalah kenkangan masa yang diberikan terlalu pendek untuknya.
Jelas Tom, kekangan masa ketika melakukan penggambaran filem itu menyebabkan dia perlu bekerja dalam tempoh yang sangat terhad bersama setiap pelakon.
Malah, setiap daripada pelakon hanya diperuntukkan kira-kira lima hari sahaja untuk menjalani penggambaran.
“Saya rasa cabaran utama dalam penggambaran filem berkumpulan (ensemble film) adalah masa yang sangat terhad.

“Setiap pelakon hanya boleh bekerja selama kira-kira lima hari sahaja, kemudian kami perlu beralih kepada pelakon seterusnya,” katanya kepada Gempak.

Tom Lim Shu Yu berkata demikian ketika menghadiri Tayang Perdana Filem Worth The Wait yang berlangsung di Dadi Cinemas, Pavillion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Selain tidak mempunyai masa yang banyak,Tom juga menyatakan dia tidak pernah bekerja dengan mana-mana pelakon tersebut sebelum ini.
Oleh itu, dia memerlukan sedikit masa untuk membina keserasian dan memahami gaya kerja setiap individu.
“Tambahan pula, saya tidak pernah bekerja dengan mana-mana pelakon ini sebelum ini, jadi pada awalnya saya perlukan sedikit masa untuk mengenali mereka.

“Apabila semuanya sudah mula berjalan lancar, dan saya rasa saya sudah tahu cara untuk mengarah mereka, penggambaran sudah pun selesai.

“Saya rasa macam nak ulang semula dan mahu lebih banyak masa bersama mereka, tetapi itu mustahil.
“Itulah cabaran paling besar – untuk mengenali mereka dengan sangat cepat dan memahami bagaimana untuk mengarahkan setiap seorang daripada mereka,” jelasnya.
Pada masa sama, pengarah itu juga menekankan setiap pelakon membawa keunikan tersendiri dan memerlukan pendekatan pengarahan yang berbeza-beza.
“Ini kerana setiap pelakon adalah manusia yang berbeza, dan mereka perlu dilayan secara berbeza,” kongsinya.
Sekadar info, filem Worth The Wait yang dibintangi oleh Ross Butler dan Lana Condor telah menjalani penggambaran di pelbagai lokasi di Malaysia. Filem ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempromosikan representasi Asia di Amerika Utara.
Selain itu, ia turut menonjolkan keindahan semula jadi, kekayaan budaya serta layanan mesra rakyat Malaysia — ciri-ciri yang terus mengangkat nama negara sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Topic Berkaitan
#Filem
#Tom Lin Shu Yu
#Worth The Wait
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement