,
Laman Utama

Hanya 3 Hari, Pengikut Instagram Lee Yoo Mi Naik 5 Kali Ganda Gara Gara Squid Game

Maliah Surip
23/09/2021
14:45 MYT
Drama Korea Selatan yang sedang menjadi kegilaan penonton, Squid Game bukan sahaja berjaya mengatasi jumlah tayangan karya Money Heist di Netflix, namun nama para pelakonnya ikut melonjak sama.
Salah seorang pemain dalam Squad Game, aktres Lee Yoo Mi yang memegang watak Ji Young turut menerima tempias luar biasa.
Menurut laporan Soompi, Yoo Mi mula mendapat perhatian di atas keberkesanan lakonannya. Jumlah pengikut di akaun Instagramnya juga mendadak naik sehingga lima kali ganda hanya dalam tempoh tiga hari!
Yoo Mi sebelum ini dipercayai hanya mempunyai sebanyak 40,000 orang pengikut. Namun selepas Squad Game ditayangkan pada 18 September lalu, pengikutnya menjadi sehingga 250,000 orang sehingga tanggal 21 September 2021.
Dari pemerhatian Gempak, pengikutnya sehingga semalam terus bertambah menjadi 320,000 orang dan dijangka akan terus bertambah.
Untuk rekod, menerusi wataknya sebagai Ji Young, dia membawa misi seorang wanita muda yang dipaksa memasuki pertandingan tersebut selepas keluar dari penjara kerana membunuh bapanya.
Perempuan berusia 27 tahun ini pertama kali debut dalam dunia seni pada tahun 2009. Dia telah membintangi sebanyak 12 buah filem dan 14 drama. Yoo Mi juga terkenal menerusi web drama Potato Boy bergandingan bersama Chae Jong Hyup.
Selain mencuri perhatian kerana lakonannya dalam drama tersebut, netizen menyifatkan wajah comel Yoo Mi saling tak tumpah dengan wajah mantan bintang K Pop yang telah meninggal dunia, Sulli.
Terdahulu media antarabangsa melaporkan karya hasil Hwang Dong Hyuk tersebut menduduki carta pertama dalam Netflix Amerika Syarikat mengalahkan musim ketiga Sex Education dan Clickbait yang duduk di posisi ketiga.
Squid Game yang dibintangi Lee Jung Jae, Park Hae Soo, Oh Young Soo, Wi Ha Joon, Jung Ho Yeon, Ha Sung Tae dan ramai lagi sekaligus memecahkan rekod sebagai karya pertama dari Korea Selatan yang duduk di ranking pertama AS.
Sebelumnya, drama Sweet Home sempat memasuki carta dan hanya berada di tangga ketiga carta tersebut.
Instagram: @leeyoum262
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Olimpik Paris 2024: Tewas Bermaruah & Buat Pemain Korea Selatan Lap Air Mata, Goh Jin Wei Pejuang Sejati

gempak
31/07/2024
08:03 MYT
Kekalahan pemain badminton perseorangan negara, Goh Jin Wei untuk menjadi pemenang kumpulan H disifatkan bermaruah malah tetap mendapat pujian peminat kerana aksi cemerlangnya.
Hiburan

Mengaku Anak Angkat, Kim Jaejoong Beri Ibu Bapa RM18 Ribu Setiap Kali Jumpa

gempak
18/07/2024
14:50 MYT
Idola K Pop Kim Jaejoong mendedahkan dirinya adalah anak angkat yang diambil sejak kecil dan mempunyai lapan orang kakak dari keluarga tersebut.
Gaya Hidup

Kecoh Mahalini ‘Buat Hidung’,  4 Artis Indonesia Ini Hampir Tidak Dikenali Lepas Buat Pembedahan Plastik

gempak
10/07/2024
07:51 MYT
Dunia hiburan Indonesia sedang heboh dengan penampilan baharu Mahalini yang didakwa melakukan pembedahan plastik pada bahagian hidungnya.
Hiburan

Rizky Febian ‘Buat Hidung’ Kerana Kesihatan Di Korea Selatan, Bagaimana Dengan Mahalini?

gempak
09/07/2024
11:58 MYT
Kekecohan mengenai penampilan baharu pasangan selebriti Mahalini dan Rizky Febian akhirnya terjawab.
Viral

Gara-Gara Tonton K-Drama, 30 Remaja Korea Utara Dihukum Mati, Penjara

gempak
08/07/2024
04:55 MYT
Pemerintah Korea Utara menjatuhi hukuman mati atau penjara seumur hidup terhadap 30 remaja negara itu kerana menonton drama Korea Selatan (K-Drama).