,
Hiburan

Hanya 20 Individu Dibenarkan Hadir...Jenazah Nahas Helikopter, Allahyarham Mohd Sabri Selamat Dikebumikan

Hanafis Haris
09/11/2020
08:13 MYT
Jenazah mangsa nahas helikopter, Allahyarham Komander (B) Mohd Sabri Baharon selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves di sini sekitar 2.20 petang.
Menerusi Astro Awani, upacara pengebumian dihadiri keluarga, kenalan terdekat dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Turut kelihatan hadir ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany.
Difahamkan, hanya 20 individu dibenarkan hadir susulan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan COVID-19.
Terdahulu, jenazah Allahyarham selamat dibedah siasat sekitar pukul 11.30 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).
Jenazah kemudian diserahkan kepada TLDM untuk dikafan dan solat jenazah, sebelum jenazah dibawa ke kediaman keluarga di Taman Wangsa Melawati.
Sementara itu, Gempak difahamkan jenazah seorang lagi mangsa, Allahyarham Mohd Irfan Mohamed Rawi, masih lagi dalam proses bedah siasat.
Jenazah Allahyarham berkemungkinan akan dibawa ke Surau Al Ikhwan, Taman Puncak Jalil untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di USJ22, Subang.
Sekadar info, dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi semalam, dua helikopter yang berlepas dari Lapangan Terbang Subang Jaya ke Genting Sempah disahkan bertembung di udara sebelum salah sebuah terhempas di Taman Melawati, Hulu Kelang.
Dua mangsa disahkan maut iaitu Mohd Irfan Mohamed Rawi, 41, dan Mohd Sabri Baharon, 56.
Sebuah lagi helikopter dinaiki bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad, Datuk Ahmad Jauhari Yahya dan Tan Chai Elan sempat membuat pendaratan cemas dan mereka dilaporkan tidak mengalami kecederaan.
Sumber: Astro Awani
BACA: Helikopter Terhempas Di Taman Melawati, Dua Maut: Jatuh Berdekatan Rumah Pelakon Sharifah Shahira
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Suami Sepupu Eyra Hazali Salah Seorang Mangsa Nahas Helikopter TLDM - “Al-Fatihah Kepada Semua Yang Terlibat…”

gempak
23/04/2024
05:40 MYT
Semoga roh mangsa terlibat ditempatkan bersama orang beriman.
Laman Utama

Elak Komen Tidak Wajar & Spekulasi, Polis Nasihat Orang Ramai Berhenti Sebar Video, Gambar Helikopter Terhempas!

gempak
09/11/2020
12:16 MYT
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, menasihatkan orang ramai supaya berhenti menyebarkan video atau gambar insiden helikopter terhempas di media sosial bagi mengelakkan spekulasi dan komen yang tidak wajar serta mengganggu siasatan.
Laman Utama

Helikopter Terhempas Di Taman Melawati, Dua Maut: Jatuh Berdekatan Rumah Pelakon Sharifah Shahira

gempak
08/11/2020
05:33 MYT
Sebentar tadi tular di laman sosial Facebook dan Twitter serta aplikasi Whatsapp beberapa keping foto dan video kemalangan membabitkan dua buah helikopter.
Berita

Tengah Seronok Makan, Restoran Dirompak

gempak
08/05/2017
05:25 MYT
BorakSeeni