,
Laman Utama

Hampir Setahun Berhijrah Ke Australia, Dayah Bakar Bawa Suami, Anak Pulang Ke Tanah Air

Azwa Rahman
17/12/2021
04:31 MYT
Pengacara Dayah Bakar selamat pulang ke tanah air tercinta bersama suami, Kapten Muhammad Hanif Hamidi dan cahaya mata mereka, Achbar Muhammad Fahri setelah hampir setahun berhijrah ke Australia.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Dayah atau nama sebenarnya Nurhidayah Aku Bakar mengakui berat hatinya meninggalkan negara kangaroo itu namun dalam masa sama teruja untuk bersatu semula dengan ahli keluarga.
Di samping itu, Dayah juga tidak sabar untuk kembali bekerja sebagai pengacara.
“Pertemuan dan perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah. Lagi-lagi bila semakin rapat dan menjadi seperti keluarga. Banyak waktu yang diluangkan bersama, banyak memori juga yang tercipta di bumi kangaroo.
Honestly, i'm sad to leave but at the same time, i can't wait to meet my family back home. I also know it’s time to get actively hosting/emceeing again.
“Alhamdulillah, selamat sampai semuanya. Kembali ke tanah tumpahnya darahku, Malaysia,” tulis Dayah di ruangan komen.
Terdahulu, kisah bekas penyampai radio itu mengundang rasa sebak wargamaya apabila terpaksa berjauhan dengan suaminya yang merupakan pegawai tentera akibat pandemik COVID-19.
Setelah menjalani proses kehamilan dan bersalin tanpa kehadiran suami, Dayah akhirnya berpeluang membawa anak sulung yang ketika itu berusia lima bulan bertemu suaminya buat kali pertama pada awal tahun ini dan menetap di negara tersebut.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menyambut baik kepulangan Dayah bersama keluarganya kembali ke tanah air.
Tidak kurang juga ada yang merindui Dayah mengacara dan tidak sabar melihat pengacara Borak Kopitiam itu kembali beraksi.
“Yeay alhamdulillah Dayah dah balik Malaysia. Rindu nak tengok Dayah kat TV,” komen seorang wargamaya.
Welcome back Dayah! Tapi sekarang Malaysia tak seronok dah,” kata seorang wargamaya.
“Alhamdulillah, welcome home Dayah dan keluarga. You are so lovable by many,” ujar seorang wargamaya lagi.
Untuk rekod, Dayah berkahwin dengan Muhammad Hanif pada Jun 2018.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Achbar pada 17 Ogos 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun

gempak
05/09/2024
01:00 MYT
Seorang bekas pekerja pusat jagaan kanak-kanak di Australia mengaku salah terhadap 307 pertuduhan jenayah seks yang dilakukannya dalam tempoh 20 tahun.
Berita

Pengunjung Panik Helikopter Terhempas Atas Bumbung Hotel Di Australia, Juruterbang Disahkan Maut!

gempak
12/08/2024
09:24 MYT
Beratus pengunjung yang menginap Double Tree by Hilton di timur laut Australia gempar apabila sebuah helikopter terhempas di atas bumbung hotel yang didiami mereka hingga mencetuskan kebakaran.
Hiburan

Rozita Rohaizad Tekad Terus Bantu Martabat Warisan Malaysia Di Australia

gempak
04/08/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan pelakon veteran Rozita Rohaizad sudah banyak kali berkongsi kisahnya yang terpaksa menggunakan wang sendiri hanya semata-mata kerana perjuangannya memartabatkan seni budaya negara ini di persada antarabangsa.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Hos Digugurkan Komen Berbaur Diskriminasi Terhadap Perenang Australia

gempak
30/07/2024
04:25 MYT
Seorang hos veteran sukan digugurkan dari saluran Eurosport selepas memberikan komen berbaur diskriminasi kepada pasukan perenang wanita Australia dalam pusingan akhir gaya bebas 4x100 di Olimpik Paris 2024.
Sukan

Olimpik Paris 2024: Pemain Hoki Australia Potong Jari Demi Ke Sukan Olimpik

gempak
19/07/2024
09:55 MYT
Pemain hoki Australia telah memotong sebahagian jarinya bagi membuktikan dedikasi terhadap Sukan Olimpik.