,
Laman Utama

Hampir Pulih, TMJ Lawat Farizal Marlias Di Rumah, Siap Bagi Hadiah Set Golf! - “Mana Nak Dapat Bos Macam Ni Ye?”

Azwa Rahman
13/04/2022
08:20 MYT
Penjaga gol JDT Farizal Marlias yang mengalami kecederaan akibat bertembung dengan pemain Terengganu Shane Lowry, menerima kunjungan khas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di kediamannya pada Selasa.
Menerusi laman sosial Instagram, Farizal berkongsi momen-momen kunjungan tersebut untuk tatapan umum.
Tidak datang dengan tangan kosong, TMJ turut membawa hadiah set peralatan golf untuk dihadiahkan kepada penjaga gol utama skuad Harimau Selatan itu.
“Junjung kasih Tunku. Terima kasih Tunku, saya sangat berbesar hati dengan kunjungan dan kurniaan golf set yang Tunku berikan. Junjung kasih Tunku,” tulis Farizal di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen, kunjungan prihatin tersebut dihujani dengan kata-kata pujian memandangkan pemilik kelab JDT itu sangat menjaga kebajikan pemainnya.
“Steady bro, speedy recovery,” ucap Alif Satar.
“Terbaiklah. Naya lepas ni kalau main dengan hang. Pedih Fari,” usik Sharnaaz Ahmad.
“Semoga Allah beri kesembuhan buat mu sahabat,” ujar Angah Raja Lawak.
“Alhamdulillah hmmm dapat golf set. Ijoy menanti ni di Kuala Lumpur,” tulis Sharifah Shahira.
“Alhamdulillah syukur rezeki Allah. Speedy recovery bro,” kata seorang wargamaya.
“Mana nak dapat boss macam ni ye? Get well soon brother,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 26,000 tanda suka daripad pengikutnya.
Terdahulu dalam aksi hujung minggu lalu, Farizal mengalami kecederaan di kepala ketika mahu menghalang gerakan serangan yang dilakukan Terengganu pada babak kedua.
Hasil daripada pertembungan itu, Farizal tidak sedarkan diri dan terus dihantar ke hospital berdekatan bagi membolehkan penjaga gol itu mendapatkan rawatan.
Sewaktu dimasukkan ke hospital juga, TMJ turut berada di sisi Farizal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tunku Ismail Dimasyhur Sebagai Pemangku Sultan Johor Bermula Hari Ini

gempak
28/01/2024
04:50 MYT
Daulat Tuanku.
Laman Utama

Jemput Jason Derulo, Tiket Sambutan Kejuaraan JDT Sold Out! - “Mesti Grand Ni, TMJ Jarang Tak Padu..”

gempak
14/10/2022
08:22 MYT
Sentiasa mantap!
Laman Utama

Recap Ahad: Puteri Sarah Warning Anak Kazar, Video Bella Dalam Hospital Meruntun Jiwa, Tempah Buka Puasa Tapi Tak Muncul!

gempak
17/04/2022
14:12 MYT
Mulakan hari baru!
Laman Utama

Telan Kos RM1.5 Juta, TMJ Belanja Rumput Berkualiti Padang Stadium Nasional Bukit Jalil

gempak
10/03/2022
22:48 MYT
Barulah mantap nak lari kejar bola.
Laman Utama

Dua Minggu ‘Down’, TMJ Disahkan Positif COVID-19. Kini Sembuh Sepenuhnya, - “The Tiger Is Back”

gempak
23/10/2021
01:40 MYT
Semoga sentiasa dilindungi.