,
Laman Utama

Hampir Pengsan, Afgan Kenang Lari Naik Teksi Takut Menyanyi Di Uji Bakat

Maliah Surip
01/07/2022
13:55 MYT
Nama penyanyi Afgan memang sudah sangat mekar bukan sahaja di negara kelahirannya tetapi juga Malaysia.
Selain wajah tampan yang sering menjadi dambaan peminat, suara unik dan gemersik milik Afgan adalah bonus terbesar buat lelaki berusia 33 tahun tersebut.
Meski memiliki suara yang dipuja, pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu mengaku sempat tak percaya diri dan terlalu pemalu untuk menonjolkan bakatnya.
Lantaran itu, Afgan mengaku pernah ‘lari’ daripada uji bakat Indonesian Idol pada tahun 2007. Waktu itu kata Afgan dia masih berada di bangku sekolah menangah dan hadir ke uji bakat tersebut kerana mengikut sahabatnya.
Penyanyi yang kerap dikaitkan punya hubungan cinta dengan Rossa itu mengenang peristiwa tersebut sebagai sebuah insiden yang melucukan sebelum dirinya kini benar benar bergelar anak seni.
“Jadi sekitar 15 tahun lalu, saya ikut sahabat yang memang suka menyanyi mendaftar uji bakat Indonesia Idol. Dia kata saya punya suara yang sedap selepas kami berkaraoke dan memaksa saya daftar uji bakat,” katanya sewaktu muncul dalam saluran YouTube Enzy Storia seperti dilaporkan Tempo.
Afgan menyambung, oleh kerana sifat pemalu, dia ‘lari’ hanya sebelum namanya dipanggil untuk mempamerkan bakat yang dimiliki.
“Sebenarnya saya seorang yang sangat pemalu. Kalau di sekolah saya sangat jarang bercakap. Biasanya saya akan duduk di satu sudut dan mendengar i pod.
“Jadi sewaktu hadir uji bakat, sebenarnya saya sudah berada di depan pintu menunggu nama dipanggil.
“Tapi saya rasa seperti mahu pengsan dan berfikir adakah patut saya masuk menyanyi atau lari (balik).
“Akhirnya saya pilih untuk balik. Saya lari naik teksi,” katanya sambil ketawa.
Penyanyi yang sudah memiliki enam album dengan terakhir dilancarkan pada tahun 2021 iaitu Wallflower kemudian memberitahu dirinya dihubungi pihak produksi kerana tiba tiba ‘hilang’.
Dia meminta maaf kerana telah pulang dan tidak berani untuk bernyanyi di depan para juri iaitu Titi DJ dan Indra Lasmana. Dan akhirnya, uji bakat yang diikuti Afgan iaitu Indonesian Idol musim keempat akhirnya menjadi milik Rinni Wulandari sebagai juara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar