HIGHLIGHTS
Hampir GUGURKAN Kandungan Kerana Depresi — Kini Dia Pengusaha Produk Kecantikan, Bukan Timbang Kilo Ya!
Baru-baru ini Puan Rena Rifaee, Ketua Pegawai Eksekutif Natugee Sdn Bhd mengadakan kolaborasi bersama Mrs Malaysia World menganjurkan acara Healthy Is The New Happy! A Better You Today sebagai tanggungjawab sosial sempena Pinktober, Oktober bulan meraikan kesedaran kanser payudara.
Juga pada majlis yang sama, Natugee mengetengahkan topik kesihatan mental yang kebetulan juga kempennya jatuh pada bulan Oktober. Ia lain dari majlis anjuran produk kecantikan kebiasaannya, kerana Puan Rena mahu mewujudkan kesedaran tentang perihal pentingnya penjagaan kecantikan dan kesihatan luar dalam seorang wanita jika mahu kehidupan yang harmoni.
Menariknya, pada majlis yang sama, Natugee menjemput pelakon, Diana Danielle untuk berkongsi pengalamannya yang pernah mengalami anxiety. Para tetamu juga dikejutkan dengan pendedahan Puan Rena sendiri yang rupanya pernah berdepan pengalaman depresi sehingga hampir menggugurkan kandungannya.
Mari kita tanyakan beliau dengan lebih terperinci kerana kisah usahawan ini bukan seperti kebanyakan usahawan lain yang selalu kita baca.
Kredit foto: Puan Rena Rifaee
Kalau boleh Puan Rena ceritakan sedikit latar belakang Puan Rena, bagaimana mula terlibat dengan perniagaan produk kecantikan ini?
Saya berusia 37 tahun dan baru sahaja melancarkan produk Natugee ini pada tahun 2017. Sebelum ini, saya memulakan perniagaan dengan produk ibu dan bayi tetapi tidak mampu saya teruskan kerana ia adalah produk DIY yang sukar untuk dikembangkan.
Produk DIY ini tercipta hasil daripada pengalaman saya sendiri yang mahu menjalani gaya hidup yang lebih sihat selepas disahkan mengidap depresi. Menurut doktor, pendedahan kepada bahan kimia dan sesetengah formula dari produk yang kita guna juga antara penyumbang kepada depresi itu.
Daripada membuat produk DIY untuk diri sendiri sahaja, kemudian dikembangkan dengan mengambil tempahan daripada orang ramai. Lama-kelamaan, saya pula rasa letih kerana ia bukan kerja yang mudah.
Kredit foto: Puan Rena Rifaee
Bagaimana kisah depresi Puan Rena bermula?
Pada tahun 2013 saya mengandugkan anak ke dua. Waktu itu suami berada di United Kingdom menyambung pengajiannya. Keadaan anak saya ketika lahir bagaikan lobster, merah! Pada mulanya doktor menyangka anak terkena jaundis.
Namun, lama-kelamaan ia semakin sulit apabila anak kuat meragam, kerap demam sehinggakan saya terpaksa berjaga malam. Memang stres dan penat kerana menguruskan anak-anak sendirian.
Ketika anak berusia lapan bulan, saya mengikut suami berpindah ke UK. Sangka saya, apabila sudah dekat dengan suami, tekanan saya akan berkurangan. Namun, telahan itu meleset kerana keadaan saya makin teruk.
Sampai dua tahun usianya, anak masih hiper. Kami bawa anak check up dan pakar mengesahkan anak tiada autisme. Mungkin inilah ujian Allah untuk kami menerusi anak-anak.
Kemudian, saya mengandung lagi yang ke tiga. Saya tidak berasakan yang saya depresi. Tetapi tekanan makin mencabar. Dari kandungan ke dua itu, saya tidak menjaga sangat kesihatan, horman dan sebagainya dan menganggap mungkin tekanan itu akibat post partum sahaja.
Namun, kandungan ke tiga itu agak lancar walaupun saya masih terasa letih yang amat sangat.

Kemudian, apa berlaku? Bagaimana mula sedar yang Puan Rena ada kemurungan?
Apabila anak ke tiga saya berusia lapan bulan, saya dapati saya mengandung lagi untuk yang ke empat pula. I was really surprise and down! Saya rahsiakan daripada suami dan keluarga.
Seriously, I don’t want this baby! Di UK, mereka ada National Health Service yang ‘menghalalkan’ dan membantu keguguran bayi dilakukan. Tanpa berfikir panjang dan tanpa pengetahuan suami saya mengadakan temu janji dengan mereka.
Saya mahu gugurkan kandungan ini! Nak dijadikan cerita sebaik tiba di pusat rawatan itu, saya diberikan pil untuk menguggurkan janin tetapi kata mereka, dalam masa 48jam selepas menelan pil itu saya tidak boleh susukan anak.
What! Tak boleh kerana anak ke tiga saya fully breastfeed. Jadi, plan ke dua, mereka cadangkan kaedah Dilation and Curettage (D&C). Jadi, saya setkan temujanji ke minggu depan.
Saya pun baliklah dulu. Ditakdirkan Tuhan, pada malam sebelum temujanji itu, anak ke tiga saya meragam sehinggakan saya berjaga sepanjang malam. Natijahnya, saya bangun lewat dan terlupa akan hari temu janji itu.
Tiga-tiba, sekitar jam 10 pagi, panggilan telefon masuk dan waktu itu suami saya yang menjawabnya. Waktu perbualan berlangsung, saya baru turun dari atas dan terdengar yang suami bertanyakan, what is D&C and so on. Dalam hati, Tuhan saja yang tahu.
Kredit foto: Puan Rena Rifaee
Apa yang berlaku? Pasti suami amat marah waktu itu?
Selepas meletakkan telefon, suami tidak berkata apa. Dia diam. Kemudian dia bersiap dan mahu keluar rumah.
Sebelum keluar, dia cakap kepada saya yang sehingga kini masih saya ingat; “I know this is your body but if you ask me, I want you to keep the baby.” Selepas itu, dia terus keluar dan hempas pintu!
Saya tergamam. Saya terus letak anak yang dalam pangkuan. Waktu itu, saya bagaikan tersedar yang ini bukan normal, I need help! Saya terus telefon kawan saya dan menceritakan segalanya.
Kata kawan saya, ini sudah serius and I need to do something. Dan, waktu itu juga saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya sendiri. Kebetulan saya terlibat dalam komuniti Natural di UK dan berkenalan dengan seorang wanita yang saya kenalkan sebagai God Mother.
Menerusi beliau, saya ceritakan situasi saya dan waktu itu dia peluk saya. Beliau tenangkan saya dengan homeopathy pill.
Dan, malam itu saya boleh tidur dengan sangat nyenyak selepas bertahun-tahun sebelum ini saya tidak nikmati tidur malam yang sempurna kerana bergilir-gilir menjaga anak dengan suami sepanjang malam.
Kredit foto: Puan Rena Rifaee
Apa yang berlaku selepas itu, apa yang Puan Rena lakukan untuk keluar dari zon depresi tersebut?
Saya ubah cara hidup saya 100 peratus. Menurut god mother itu juga, bahan-bahan kimia di sekitar kita atau yang terdapat dalam produk yang kita guna juga boleh memberi efek.
Saja jaga makan, hormon dan saya cipta produk organik saya sendiri. Di UK, bahan-bahan organik senang untuk didapati. Saya suka menggunakan magnesium flakes untuk produk harian saya kerana ia bagus untuk kesihatan dalaman kita.
Tetapi, apabila saya balik ke Malaysia pada tahun 2016, saya dapati agak sukar untuk mendapatkan stok bahan yang tulen organik. Malah, tiada produk penjagaan kulit di sini yang mengandungi high performance ingredients kerana harganya yang mahal.
Dari situlah bermulanya idea untuk mencipta produk penjagaan kulit saya sendiri.
Bagaimana Puan Rena tahu membaca kandungan dan formula sesuatu produk itu?
Di UK, kami para ibu memang ada didedahkan dengan cara mengenali bahan-bahan semula jadi menerusi komuniti yang kami sertai. Saya juga mengambil kesempatan ketika di sana dengan menyertai Diploma Organic Skincare yang mengajar saya tentang membaca formula-formula ini, apa yang tulen dan tidak.
Maka, saya aplikasikan pengetahun ini dengan memperkenalkan Natugee.
Kredit foto: Puan Rena Rifaee
Kenapa memilih produk penjagaan anti penuaan sebagai rangkaian pertama Natugee?
Semua mahu awet muda tetapi ramai yang terlalu tergesa-gesa untuk mencapai hasil yang ‘wow’ dalam masa yang singkat. Kebetulan juga, ibu saya mengalami masalah pigmentasi yang tebal kerana dia juga salah sorang pengguna yang suka bertukar-tukar produk lokal untuk melihat efek yang cepat.
Testimoni saya adalah ibu saya sendiri. Alhamdulillah, produk ini mendapat sambutan yang luar biasa di Singapura.
Apa yang Puan Rena nampak mengenai sikap pengguna di negara kini ini berkaitan produk kecantikan?
Mereka mahu efek pantas menerusi jalan singkat. Disebabkan itu apabila ada pelanggan kita yang datang kepada kita dan tanya “boleh tengok result dalam masa tujuh hari tak?”
Kami akan kata, kalau itu yang puan mahu, ia bukan pada produk kami. Kita menggunakan bahan organik yang alami. Maka prosesnya juga pasti secara alami dan semula jadi.
Mungkin ada produk yang menjanjikan hasil dalam masa tiga hari, empat hari, tujuh hari.. tapi baca dan selidiklah dahulu apakah kandungannya? Bagaimana kesannya untuk jangka masa panjang?
Sedangkan pigmentasi mahu terbentuk di lapisan kulit pun makan tahun, mustahil untuk kita singkirkan ia dalam hanya beberapa hari.
Kredit foto: Puan Rena Rifaee ( Ibu Puan Rena Rifae)
Nasihat Puan Rena kepada pemburu kecantikan di luar sana?
Semua orang mahu cantik tetapi cantiklah dengan cara yang bijak. Inilah tanggungjawab yang ingin saya galas di sini, saya mahu mendidik semua pengguna tentang bagaimana membaca formula dan sesuatu produk itu supaya tidak tertipu dengan peniaga.
Jangan hanya tengok pada label depannya sahaja, belek-belek setiap perincian kandungan. Jika, tidak pasti tanya kepada seller. Jika seller sendiri tidak mampu menerangkannya, lakukan research sendiri.
Dan, ingat mengubat itu lebih dari merawat. Jadi, peliharalah kulit pada seawal usia. Tidak salah menggunakan produk anti penuaan pada awal usia 30 tahun supaya hasilnya boleh kamu tuai dengan mudah.
Must-Watch Video