Laman Utama
“Hampir 18 Jam Tak Tidur..” - Selamat Tiba Di Mesir, Caprice Terus Melawat Hospital Palestin
Penyanyi rap Caprice selamat tiba di Cairo, Mesir bagi misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.
Apa yang menarik perhatian lagi, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli terus bergegas ke Hospital Palestin yang terletak di Mesir untuk melawat seorang ibu dan anak dari Gaza yang memerlukan bantuan perubatan.
Menerusi laman sosial Instagram, Caprice sempat memuat naik sebuah video lawatannya ke hospital terbabit untuk tatapan umum.
“Almost 18 jam tak tidur. Sampai Mesir terus ke Palestine Hospital untuk lawat seorang mak dari Gaza dan anak dia who is on life support dan perlu a brand new mobile ventilator.
“Terima kasih kepada Embassy Malaysia di Cairo dan Humanitarian Misson 4 Palestine for the support. Day one complete. Nak tido jap,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah menerusi ruangan IG storynya sebentar tadi, penyanyi yang turut bergelar usahawan ini sempat tidur selama tujuh jam dan bergegas bangun apabila mendengar azan subuh pada jam 3.15 pagi (waktu Mesir).
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan pesan agar Caprice sentiasa menjaga kesihatan agar semua urusannya berjalan lancar.
Malah, ada yang turut meminta Caprice untuk bertemu dengan ustaz Ebit Lew yang berada di Kaherah, Mesir untuk memasuki Gaza, Palestin bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan.
“Caprice pi jumpa Ebit Lew. Work together,” komen seorang wargamaya.
“Semoga Allah permudahkan dan sentiasa memberi perlindungan pada Cap,” doa seorang wargamaya.
“Rest well bro, jangan lupa rehat. Take care,” pesan seorang wargamaya.
“Semoga niat yang ikhlas Allah permudahkan jalan ke arah matlamat kita semua, amenS,” doa seorang wargamaya.
“Cap kirimkan salam kami pada saudara-saudara di sana. Beritahu mereka, mereka sentiasa berada di dalam doa kami,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian video pertamanya di Mesir telah mendapat hampir setengah juta tontonan daripada pengikutnya.
Must-Watch Video