,
Gaya Hidup

Hamil Anak Sulung, Tengku Puteri Iman Jalani Istiadat Menempah Bidan

Azwa Rahman
21/06/2019
04:35 MYT
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Istiadat Menempah Bidan anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara. Berkongsi sedikit gambar istiadat di Twitter baginda, upacara dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia, diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji. Tengku Puteri Iman yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke istiadat melenggang perut mengikut tradisi Melayu, yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.
Memetik laporan Bernama, Tengku Puteri Iman berkata upacara menempah bidan dan melenggang perut tidak sepatutnya dilupakan dan perlu diteruskan generasi masa kini bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu.
Beliau dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah merasa teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.
"Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita.
“Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita," katanya kepada Bernama. Istiadat itu turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Sultan Abdullah dan Tuanku Tunku Azizah kemudiannya berkenan berangkat ke majlis merenjis air mawar bersempena istiadat itu, disusuli dengan Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zulin Aziz Lebih Gembira Ditegur Hamil Berbanding ‘Gemuk’ - “Nak Cakap Balik Dekat Orang Yang…”

gempak
13/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Zulin Aziz memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada orang menegur bentuk badannya kelihatan semakin berisi disebabkan mengandung.
Hollywood

Selena Gomez Tidak Boleh Hamil, Rancang Kaedah Ibu Tumpang Dapatkan Zuriat

gempak
11/09/2024
13:45 MYT
Baru diumumkan sebagai bilionair termuda Amerika Syarikat dengan aset bernilai RM5.7 bilion, Selena Gomez nampaknya mengejar sesuatu yang lebih ‘besar’.
Viral

“Tiada Siapa Mengatasi Undang-Undang Termasuk Kerabat” - Tengku Hasannal

gempak
06/09/2024
00:23 MYT
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar tindakan tegas dan penyiasatan yang adil dijalankan susulan dakwaan seorang lelaki dipukul sekumpulan lelaki termasuk seorang anak VVIP.
Hiburan

“Jangan Sentuh Perut Tanpa Kebenaran” - Tyra Kamaruzzaman Kurang Selesa, Ada Individu Suka Hati Datang Pegang Baby Bump

gempak
04/09/2024
07:25 MYT
Usahawan dan personaliti media sosial, Tyra Kamaruzzaman akui kurang selesa dengan tindakan segelintir orang awam yang sesuka hati memegang perutnya di tempat awam.
Hiburan

“Alhamdulillah” - Teka-Teki Terjawab, Syasya Rizal Akhirnya Dedah Bakal Jadi Ibu

gempak
03/09/2024
13:12 MYT
Teka-teki netizen akhirnya terjawab selepas penyanyi yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya mengesahkan dirinya kini hamil.