Viral
"Hamba Allah Yang Lemah Ini Layak Dihina & Dikutuk Tapi Saya Takkan Lari" - Hafiz Mahamad Perlukan Masa, Minta Nasihat Pakar
Usahawan dan pempengaruh Hafiz Mahamad mengambil tanggungjawab untuk memperbetulkan tanggapan orang ramai terhadap kandungan media sosial yang kembali tular ketika di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.
Jelas Hafiz, dia akan meminta pandangan pakar bagi mengelakkan kesilapan sama berulang lagi.
"Terima kasih sahabat yang DM baik-baik, bagi saya semangat dan lain-lain. Saya dah siapkan input dan akan semak dengan pakar.
"Hasil usaha ini juga saya akan check pada yang pakar sebelum saya bentangkan.
"Ini bukan untuk clear nama saya tapi lebih kepada perbetulkan statement atau persepsi Tweet semalam atas video yang dilihat.
"Hamba Allah yang lemah ini layak dihina dan dikutuk. Tapi dengan izin Allah, saya takkan lari dari usaha menjadi hamba yang baik dan 'bertanggungjawab' supaya terus dipandang di sisi Tuhan.
"Apa-apa kelemahan adalah saya, bukan keluarga atau pasukan saya. Harap ia berjaya dengan izin Allah. Doakan saya," tulisnya dalam hantaran terbaharu di Instagram Stories.
Hafiz turut bersyukur diberikan pasukan yang sentiasa berada di belakangnya dan memberikan kata-kata semangat untuk tidak terus tumbang dihenyak kontroversi.
"Bila ada pasukan yang lemah, saya diajar untuk membentuk mereka. Tak pernah saya rasa penat kerana rasa 'bahagia' melihat manusia bertepuk tangan ketika mereka mampu buat.
"Tapi bila saya yang diuji, Alhamdulillah mereka pula datang dengan kata-kata yang hebat. Terima kasih semua sahabat dan pasukan," tambahnya.
Terdahulu, sepotong video memaparkan kekecohan mahu mencium hajar aswad pernah dimuat naik oleh seorang lelaki yang juga usahawan dan personaliti media sosia sekitar bulan Mac lalu tular kembali.
Bagaimanapun, respons pengguna di luar negara menyifatkan tindakan itu didakwa mengundang penghinaan kepada agama Islam.
Video tersebut dimuat oleh seorang pengguna X dipercayai didakwa di India dengan kapsyen menuduh wanita Islam tidak selamat ketika berada di Tanah Suci Mekah.
Ia kemudian mengundang kembali kemarahan umat Islam di Malaysia terhadap usahawan dan personaliti media sosial berkenaan.
Hafiz pernah tampil menerusi video mendedahkan bahawa tujuan berkongsi video sedang membantu beberapa wanita mencium hajar aswad hanyalah untuk kenangan bersama pasukannya.
BERITA TRENDING: Kecoh Video Lama Jadi Bahan Fitnah Masyarakat Dunia Terhadap Agama, Netizen Desak Usahawan Tampil Perjelas
BERITA TRENDING: Kongsi Video ‘Bergelut’ Bantu Kakitangan Cium Hajarul Aswad, Hafiz Mahamad Tuai Kritikan
BERITA TRENDING: "Haram Cium Hajar Aswad Jika Bahayakan Diri & Orang Lain" - Dr Zul
BERITA TRENDING: Dituduh Berhimpit Cium Hajarul Aswad Demi Konten, Hafiz Mahamad Mohon Maaf! - "Ia Dirakam Atas Dasar Kenangan"
BERITA TRENDING: Pertahankan Hafiz Mahamad, Erma Fatima Dikecam Netizen - “Aku Percaya Dia Tak Berniat Untuk Konten Kerana…”
Must-Watch Video