Hiburan
Ham Dan Ham Sap: Polis Terima Laporan, Siasat Harith Iskander, Cecilia Yap
Polis mengesahkan menerima laporan terhadap pelawak Harith Iskander dan seorang pengguna media sosial menggunakan nama Cecilia Yap berhubung isu kontroversi sandwich ham dan kopi hamsap.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata pihaknya menerima laporan daripada pelawak Shahrol Shiro jam 5.30 petang semalam.
BERITA TRENDING: Dakwa Harith Iskander ‘Buka Ruang’ Netizen Hina Agama, Shahrol Shiro Buat Laporan Polis - “Ini Perkara Yang Sangat Kurang Ajar”
Katanya, laporan berkenaan disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan / 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia."Laporan itu berkaitan komen oleh penama Cecelia Yap Song KL "All names with MoHAMmad got to be renamed then di hantaran yang dibuat oleh Harith Iskander di Facebook," katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Terdahulu, Shahrol Shiro menerusi video ringkas di Facebook jam 8.45 malam tadi mengesahkan membuat laporan di Balai Polis Kluang berhubung status di media sosial yang dimuat naik Harith Iskander dan komen seorang pengguna menggunakan nama Cecilia Yap.
"Jangan main main tentang isu agama Islam ini. Harith yang telah membuka ruang untuk isu ini diperlucukan dan dipersendakan, ini adalah satu perkara yang sangat kurang ajar.
"Jangan main-main tentang isu agama Islam ini," kata Shahrol Shiro berhubung isu komen dari pemilik akaun Facebook menggunakan nama Cecelia Yap Song KL yang didakwa mempersendakan nama Nabi Muhamad.
BERITA TRENDING: Dakwa Harith Iskander Buat Lawak Persenda Agama, Shahrol Shiro Beri Teguran Terbuka - “Perkara Ini Sudah Melampau!”
Sementara itu semakan mendapati Seksyen 298 Kanun Keseksaan memperuntukkan kesalahan menghina agama dengan sengaja, manakala Seksyen 505(c) berkaitan kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau yang mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.Pada Ahad, Harith memuat naik gambar menu kedai kopi dengan item bernama "Ham Sap Kopi" berserta kapsyen:
"Saya sangat keliru. Iman saya tergugat."
"Kopi ini akan membawa saya ke jalan yang salah dalam pelbagai cara.
"Bukan sahaja menggoda saya untuk menjadi 'hamsap' tetapi juga membuat saya keliru dengan perkataan 'ham' dalamnya. Ni untuk minum atau makan?
"Saya perlu buat laporan polis kerana saya lemah dan hilang kemampuan menggunakan logik. Siapa lagi yang keliru," tulis Harith.
Menu itu dipercayai merujuk kepada kopi masin, tetapi istilah "ham sap" juga digunakan secara slanga untuk menggambarkan seseorang yang pervert (penyumbaleweng).
Sumber: Berita Harian
Must-Watch Video