BERITA
Haji Zeel Menangis Tonton Lakonan Fattah Amin Dalam KL Special Force
Pengarah dan penerbit Zeel Production iaitu Fadzil Teh mengakui tersentuh apabila menonton filem KL Special Force lakonan terbaharu Fattah Amin.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fadzil atau lebih dikenali sebagai Haji Zeel menjelaskan dia terkejut dengan kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh Fattah dalam membawa watak sebagai anggota polis.
"Saya menangis bukan sebab Liza Dollah bukan jugak sebab Rosyam Noor atau Syamsul Yusof.
"Saya menangis sebab bangkitnya Fattah Amin sebagai hero baru filem melayu.
"Dia kayu yang dikatakan ramai insan seni jugak tapi bagi saya dia kayu yang bernilai tinggi.
"Tahniah Fattah Amin lakonan hebat yang memberi impak besar dalam filem KL Special Force," tulisnya.
Rata-rata pengikut Fadzil Teh bersetuju dan mereka turut memuji lakonan Fattah Amin yang dianggap semakin berkualiti berbanding dahulu.A post shared by Fadzil Teh (@hj.zil) on
Selain Fattah Amin, filem bercorak kepolisan ini turut dibintagi Datuk Rosyam Nor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Puteri Balqis, Mustaqim Bahadon, Josiah Hogan, Ramona Zamzam, Shaharudin Tambi, Esma Danial dan ramai lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan filem KL Special Force di pawagam seluruh sekarang.
Must-Watch Video