,
Hiburan

Hajat Ibu Tunai Umrah Tak Tercapai, Firman #AF2014 Ditipu Wakil Agen Umrah

Ahmad Shah
02/04/2016
04:40 MYT
Juara Akademi Fantasia 2014 Firman Bansir kecewa apabila niat untuk membawa kedua ibu bapanya menunaikan umrah tidak tercapai akibat ditipu oleh wakil agensi umrah.
Menurut Firman, seramai 55 jemaah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam semalam (Jumaat) dan laporan polis telah pun dibuat di balai polis KLIA.
“Jemaah dijadualkan berlepas pada jam 8.45 malam dan sudah pasti kami ingin masuk awal untuk memudahkan keadaan.
“Tapi hal sebaliknya yang berlaku apabila kami diberitahu nama kesemua jemaah tidak berdaftar di dalam sistem. Mulai dari saat itu kami sedar yang kami telah ditipu oleh pihak berkenaan.
“Apabila kami bertanya kepada ‘runner’ yang ada bersama kami dia mula gelabah dan memberikan pelbagai alasan antaranya berkenaan dengan visa kami.
“Selepas tu, ketua rombongan kami terus mengambil tindakan dengan membuat laporan polis berhubung kes berkenaan.
“Kemudian kami mendapat tahu memang benar bahawa ‘runner’ dan wakil agensi berkenaan didapati bersubahat. Wakil agensi itu merupakan seorang wanita yang sedang mengandung dan kami semua tak sangka dia sanggup melakukan perkara tersebut.
“Secara keseluruhan, kerugiaan yang dialami oleh 55 orang jemaah adalah sebanyak RM270 ribu.”katanya ketika dihubungi Astro Gempak sebentar tadi.
Ketika ditanya mengenai foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya berkenaan isu tersebut, Firman memberitahu ada segelintir pengikut Instagram (IG) yang mula naik angin dan menuduhnya sengaja ingin memburukkan nama syarikat berkenaan.
“Ya, saya ada muatnaik beberapa foto di IG kerana saya tidak mahu ada pihak lain yang terkena seperti saya tapi tak sangka sampai ada pula yang menuduh saya sengaja nak burukkan nama syarikat tersebut.
“Tidak terlintas langsung difikiran untuk burukkan sesiapa tapi memang benar wakil itu sendiri yang memberitahu kami bahawa dia adalah agen syarikat berkenaan.
“Sekiranya perkara itu tidak benar, maknanya dia menggunakan nama syarikat itu demi kepentingannya sendiri untuk menyeleweng duit jemaah umrah.
“Saya ada saksi dan ketua rombongan kami juga membuat laporan dengan menggunakan nama syarikat yang sama. Selain saya dan keluarga, Nubhan (AF 6) juga ada bersama jemaah ketika kejadian berlaku.
“Tergamak wakil tersebut menipu berpuluh-puluh jemaah yang kebanyakkan terdiri daripada orang tua. Kesian lihat mereka duduk menunggu dengan lama di KLIA dengan wajah sedih,” jelasnya.
Dalam pada itu, Firman juga memberitahu kes tersebut sudah hampir selesai dan wakil agesi umrah itu juga telah pun ditangkap oleh pihak polis pagi tadi.
Terdahulu, Firman dan keluarga dijadualkan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah pada jam 8.45 malam semalam.
Teks Oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Awas! Ambil Langkah Keselamatan Ini Jika Beriadah Di Kawasan Sungai

gempak
20/09/2024
09:55 MYT
Memandangkan cuti sekolah masih berbaki beberapa hari, mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang berfikiran untuk membawa anak-anak beriadah atau bercuti.
Hiburan

“Tiada Benci Antara Kami” - Rujuk Kembali, Nora Ariffin & Suami Banyak Ambil Iktibar

gempak
20/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menegaskan tiada dendam antara dia dan suaminya, Dr Rushdi Ramli, meskipun perkahwinan mereka hampir menemui titik noktah.
Hiburan

“Educated Tak Semestinya Pakar Dalam Sesuatu Bidang” - Perunding Hartanah Tak Setuju Diana Danielle Gelarkan Rumah Malaysia Mahal

gempak
20/09/2024
07:55 MYT
Seorang perunding hartanah tampil memberi kenyataan balas mengenai pandangan pelakon, Diana Danielle berkenaan dengan harga rumah di Malaysia yang dikatakan agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Gaya Hidup

Kluang Bandar Bahagia, Tawar Kehidupan Tenang & Penuh Harmoni

gempak
20/09/2024
07:25 MYT
Perjalanan lengang dan singkat di sekitar Kluang tanpa perlu berdepan kesesakan lalu lintas teruk seperti di bandar besar, membolehkan penduduk di sini menikmati rutin seharian yang tenang.
Viral

Isteri Didakwa Fail Cerai & Berdepan Pula Dua Pertuduhan, Alif Teega Pilih Untuk ‘Kunci Mulut’

gempak
20/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh Alif Teega yang didakwa atas dua pertuduhan menyalahguna wang infaq hanya membisu ketika diajukan soalan selepas selesai perbicaraannya di Mahkamah Kuala Lumpur, pada Jumaat.