,
Hiburan

Haiza Hanafi Dedah Kebaikan Jaafar Onn - “Yang Dikongsi Kepada Orang Ramai, Semua Itu Sayalah Saksi”

Asyikin Mayudin
06/04/2024
02:55 MYT
Menyingkap pengalaman bersama, penyanyi dan pengacara Haiza Hanafi menjelaskan hubungannya dengan Allahyarham pengacara terkenal Jaafar Onn ibarat anak dan bapa.
Menurut Haiza, arwah juga adalah individu yang banyak memberi ilmu mengenai pengacaraan selain gemar berkongsi rezeki kepada orang ramai.
"Kami sangat rapat. Sebelum kahwin saya berada dalam karier seawal 15 atau 16 tahun, saya dah kenal dia. Saya belajar untuk jadi seorang pengacara pun dari pemerhatian saya kepada dia.
"Banyaklah ilmu, kebaikan dia, rezeki dia yang diberikan kepada saya. Yang dikongsi kepada orang ramai, semua itu sayalah saksi. Dan dia tak pernah berhenti waktu dia sihat dulu memang aktif.
"Dia ajak saya pergi rumah artis hantar bantuan. Waktu itu saya dapat kenal artis-artis. Itu sebabnya saya kenal artis-artis lama semua dari jasa-jasa dia," katanya kepada Gempak.

Arwah Aktif & Jaga Pemakanan

Tambah Haiza lagi, Allahyarham Jaafar atau mesra disapa sebagai Papa J juga adalah seorang yang aktif atas pentas termasuk ketika memasak.
"Dia masak manakala saya bercakap sebagai hos. Dulu dia tak pernah ada sakit. Orangnya aktif dan jaga pemakanan.
"Bila tahu dia on and off masuk hospital, memang keraplah kita berhubung. Saya tanya dia nak makan apa, dia jawab kata terasa nak makan itu ini dan terus order hantar guna e- hailing.
"Saya sedih kerana seorang demi seorang artis veteran meninggalkan selepas Maya Matahari, Datuk Nassier Wahab, Rohana Jalil, Ibnor Riza dan sekarang papa pula," ujarnya.
Terdahulu, Haiza mendedahkan kerusi urut merupakan permintaan terakhir selebriti terkenal Allahyarham Jaafar Onn sebelum meninggal dunia pada pagi, Rabu.
Bagaimanapun, Haiza memberitahu kerusi urut itu tidak sesuai untuk digunakan arwah selepas berbincang dengan anak angkat arwah iaitu Mohd Hanif dan beberapa rakan selebriti.
Jaafar Onn dilaporkan telah pun menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS) kira-kira jam 11.33 pagi Rabu akibat serangan jantung ketika melalui prosedur endoskopi.
Kesihatan arwah dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

BERITA TRENDING: Haiza Hanafi Dedah Kerusi Urut Permintaan Terakhir Jaafar Onn - "Tapi Tak Sesuai Untuk Arwah Sebab..."

BERITA TRENDING: Cili Padi, Tyson & Bunga Matahari, Semua Generasi Punya Kenangan Dengan Allahyarham Jaafar Onn

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Haiza Hanafi Dedah Kerusi Urut Permintaan Terakhir Jaafar Onn - "Tapi Tak Sesuai Untuk Arwah Sebab..."

gempak
03/04/2024
09:17 MYT
Haiza Hanafi mendedahkan kerusi urut merupakan permintaan terakhir selebriti terkenal Allahyarham Jaafar Onn
Hiburan

“Mungkin Arwah Rasa Down Selepas Rohana Jalil Meninggal Dunia” - Salwa Abdul Rahman Kongsi Momen Terakhir Dengan Jaafar Onn

gempak
03/04/2024
08:30 MYT
Penyanyi Datin Salwa Abdul Rahman berkongsi momen terakhir dengan Allahyarham Jaafar Onn
Hiburan

Azizul Khamis Sebak Kongsi Kenangan Bersama Jaafar Onn - “Ada Lagi Baju-Baju Yang Diberikan Arwah, Saya Pakai”

gempak
03/04/2024
07:55 MYT
Datuk Azizul Khamis berkongsi pengalaman dan kenangan bersama Allahyarham pelakon dan pengacara terkenal Jaafar Onn.
Hiburan

Cili Padi, Tyson & Bunga Matahari, Semua Generasi Punya Kenangan Dengan Allahyarham Jaafar Onn

gempak
03/04/2024
05:55 MYT
Jaafar Onn, satu nama yang cukup ikonik dan sangat popular dalam dunia seni tempatan.
Hiburan

Jaafar Onn Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung Ketika Melalui Prosedur Endoskopi - “Doktor Ada Beritahu Berisiko Sebab…”

gempak
03/04/2024
04:56 MYT
Anak angkat kepada pelakon dan pengacara Jaafar Onn iaitu Mohd Hanif Mohd Hashim memberitahu Allahyarham meninggal dunia ketika sedang melalui prosedur endoskopi pada pagi tadi.