,
Berita

Haiwan Pelik Pernah Ditemui

Gempak
03/11/2024
14:55 MYT

Menurut Banci Hidupan Marin, alam semula jadi mengandungi kira-kira 8.7 juta spesies di mana pecahannya 6.5 juta di daratan manakala 2.2 juta berada dalam lautan dan pada masa sama saintis menyatakan angka sebenar mungkin lebih tinggi.

Namun, berdasarkan jumlah sebesar ini, terdapat banyak lagi haiwan yang belum dikenal pasti keberadaannya dan rekod penemuannya adalah kecil. Berikut adalah spesies tersebut.

Jerung Goblin

Jerung Goblin ialah spesies jerung laut dalam yang jarang ditemui dan satu-satunya daripada keluarga Mitsukurinidae masih ada. Susur galur keturunan jerung itu berusia sekitar 125 juta tahun dahulu.

Jerung berkulit merah jambu ini mempunyai muncung panjang, runcing dan bengkok, manakala gigi seperti kuku. Ia boleh bergerak dengan sangat pantas dan biasanya berukuran tiga dan empat meter.

Anjing Komondor

Anjing Komondor juga dikenali sebagai anjing biri-biri Hungary yang dipelihara untuk menjaga haiwan ternakan. Bulu anjing ini berwarna putih yang panjang dan seperti rambut dreadlock atau bulu mop.

Echidna

Haiwan berasal dari Australia juga dikenali sebagai tenggiling berduri dan membiak secara bertelur.

Tubuh badan haiwan itu dilitupi dengan duri dan mempunyai muncung panjang dilapisi electroreceptors atau organ pengesan seperti yang terdapat dalam haiwan lain, antaranya platipus.

Ikan blob

Ikan Blob ialah spesies lautan dalam yang mendiami perairan di atas dasar laut pada kedalaman 600 hingga 1,200 meter di luar pantai tanah besar Australia, New Zealand dan Tasmania.

Ikan tersebut mempunyai rupa bentuk ganjil berbanding ikan ketika berada luar air. Namun, saintis menyatakan kesesuaian tubuh badannya ‘agak pelik’ berkemungkinan direka berdasarkan habitatnya di lautan dalam.

Aye-aye

Aye-aye ialah mamalia seperti kera berjari panjang, mata membonjol, gigi seperti tikus dan telinga besar yang berasal dari Madagascar.

BERITA TRENDING: Penyanyi ‘Sohor’ Kelantan, 5 individu Positif Dadah

BERITA TRENDING: Dituduh ‘Kaki Pukul’, Uqasha Senrose Nekad Selesaikan Isu Fitnah Di Mahkamah - "Saya Tetap Dan Tidak Akan..."

BERITA TRENDING: Individu Luah Rasa Kurang Senang Dengan Kemudahan Tandas Awam Di Malaysia - “Berhenti Menormalkan Tandas Tanpa Bidet"

BERITA TRENDING: TOP Bigbang Muncul Dalam Trailer Squid Game 2, Peminat Tanya: “Jadi Villain?”

Haiwan itu dicirikan oleh kaedah luar biasa untuk mencari makanan seperti mengetuk pokok dan kemudian membuat lubang di dalam kayu menggunakan gigi kacip sebelum memasukkan jari tengah yang sempit untuk menarik keluar mangsanya.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

18 Tahun Derita & Sering Cederakan Diri Sendiri, Bekas Ratu Cantik Negara Kini Dalam Proses Pemulihan - “Bun*h Diri Tidak Pernah Jadi Pilihan”

gempak
12/11/2024
21:55 MYT
Model dan bekas ratu cantik negara, Shakila Saiful memaklumkan dia kini dalam proses pemulihan di hospital disebabkan masalah kesihatan mental.
Gaya Hidup

23 Tahun Tak Sentuh Nasi, Pengantin Lelaki Minta Isteri Masak Western Hari-Hari - “Jangan Paksa Makan Nanti…”

gempak
12/11/2024
18:55 MYT
Menurut Ammar, dia tidak boleh dipaksa memakan nasi dan kali terakhir dia menjamah makanan ruji itu adalah pada usia lima tahun.
Hiburan

Hargai Pasangan Yang Baik, Kieda Crepe Hadiahkan Jam Tangan Mewah Harga RM10K Buat Suami - “Jangan Curang Tau…”

gempak
12/11/2024
13:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh Kieda Crepe menghadiahkan seutas jam tangan jenama mewah kepada suaminya, Muhammad Hilmi Mohd Zaki.
Hiburan

Bekas Isteri Dakwa Jofliam Tak Bayar Cukai, Ini Respon Tuan Badan - “Saya Tak Pernah Lari…”

gempak
12/11/2024
12:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan sensasi, Jofliam menafikan dakwaan berkaitan dirinya yang dikatakan culas membayar cukai oleh bekas isterinya, Cik Epal yang  meminta pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menyiasat perniagaannya iaitu Pizza Wagyu Jofliam.
Gaya Hidup

Keropok Lekor Losong Sudah, Terengganu Disaran Patenkan 'Ikan Celup Tepung' Pula

gempak
12/11/2024
12:39 MYT
Terengganu disaran mempatenkan produk makanan, ikan celup tepung yang popular di negeri ini, sebagai harta intelek bawah kategori Petunjuk Geografi (GI).
Unitar