,
Laman Utama

Hairul Azreen & Hanis Zalikha Tak Ada Maid, Sepakat Bahagi Kerja Rumah - "Saya Mandikan Yusuf, Keknis Mandikan Alisa"

Zulaikha Yusof
16/06/2021
10:00 MYT
Pelakon Hairul Azreen, 33, mendedahkan dia dan isteri, Hanis Zalikha, 31, tidak mempunyai pembantu rumah bagi menolong mereka.
Menurut Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata dia dan Hanis sepakat untuk membahagikan tugasan kerja di rumah.
"Saya kena kemas rumah sebab kami tak ada pembantu rumah, sekali saja seumur hidup saya ada pembantu. Tu pun dah balik for good.
"Walaupun beras saya beli haha tapi cuci pinggan, vakum dan sapu satu rumah tu kerja saya. Kami bahagi tugas masing-masing. Keknis (Hanis) dia cuci baju, lipat kain semua la.
"Saya mandikan Yusuf, Keknis mandikan Alisa," tulisnya di Instagram Stories.
Dalam posting yang berbeza, pelakon filem Paskal itu menunjukkan foto sinki yang dipenuhi dengan pinggan mangkuk yang belum dicuci.
"Kalau ada pembantu rumah, tak akan jadi macam ni," tulisnya lagi.
Sebelum ini, artikel Gempak pada 10 Jun mengenai cara Hanis mendidik Yusof dan Alisa telah menjadi ruang pertikaian netizen yang mendakwa pasangan ini mempunyai pembantu rumah.
Terdahulu, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusof Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta Dedah Identiti Lelaki Bawa Lari 2 ‘Maid’ Ayu Raudhah, Zaquan Adha - “Inilah Jantan H*nat yang Tak Ada Teloq…”

gempak
10/09/2024
03:25 MYT
Pelakon Rozita Che Wan tampil mendedahkan identiti lelaki yang didakwa membawa lari dua orang pembantu rumah adiknya iaitu aktres Ayu Raudhah, pada Ogos lalu.
Hiburan

Maid Sentap Kena Marah Dengan Zaquan, Punca Lari Dari Rumah - "Mereka Tidur, Biarkan Mak Masak, Dengan Baju Berlonggok"

gempak
22/08/2024
08:25 MYT
Suami kepada pelakon jelita Ayu Raudhah, iaitu Zaquan Adha mendedahkan dua pembantu rumahnya yang melarikan diri malam tadi sempat mencuri kepingan duit raya yang disimpannya di rumah.
Hiburan

Dr Say Maklum Anak Kedua Masih Trauma Selepas Insiden Maid Bawa Lelaki Warga Asing Masuk Rumah -  “Bila Sebut CCTV, Dia...”

gempak
15/08/2024
02:55 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril memaklumkan pembantu rumah warga Indonesia yang kantoi membawa lelaki asing ke dalam rumahnya tempoh hari telah diusir dan tidak lagi berkerja bersamanya.
Hiburan

Lee Zii Jia Hadiahkan Raket Kepada Hairul Azreen - "Ini... Framelah!"

gempak
13/08/2024
02:46 MYT
Jaguh badminton negara Lee Zii Jia tampil lagi dalam hantaran di media sosial milik pelakon Hairul Azreen.
Hiburan

Ramai Persoal Kenapa Beri Maid Pakai Handphone, Dr Say Perjelas Ada Polisi Berbeza - “Bila Dah Mula Kerja…”

gempak
01/08/2024
08:05 MYT
Personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say menjawab persoalan netizen mengenai mengapa membenarkan pembantu rumah memiliki telefon.