gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Sebab Sebiji Epal, Saya Didenda RM1,000 Di New Zealand" - Umie Aida
VIRAL
“Lip Sync Pun Dah Handsome” - Netizen ‘Jatuh Cinta’ Dengan Zaki Yamani
HIBURAN
Dikecam Dakwa ‘Car Seat’ Bayi Tak Selamat, Suami Tampil Pertahankan Atikah Suhaime - “Kalau Kalian Tak Suka, Saya Akan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Haidar Hasanudin Puas Hati Watak Curang Lakonannya Dalam Adam Bukan Adam Dikecam

Izwan Isa
Izwan Isa
14/11/2023
07:55 MYT
Sponsor Banner
Haidar Hasanudin Puas Hati Watak Curang Lakonannya Dalam Adam Bukan Adam Dikecam
“Syukur watak Raof terima kecaman” - Pelik, tapi itulah yang disuarakan oleh pelakon Haidar Hasanudin apabila watak Raof yang dijayakan dalam siri original Gempak, Adam Bukan Adam menerima kecaman daripada penonton.
Haidar berkata, pertama kali menjayakan watak suami curang, dia bagaimanapun bersyukur kerana apa yang cuba disampaikan menerusi lakonan sampai ke jiwa penonton.

BERITA TRENDING: Haidar Hasanudin Gementar Bergandingan Dengan Daiyan Trisha - "Dia Cantik & Berbakat, Tipulah Tak Rasa..."

"Kalau ikutkan, ini adalah penampilan pertama saya menjayakan watak suami curang. Watak Raof boleh dikatakan agak licik. Ketika keluarga sedang dilanda masalah, Raof sempat mencari masa untuk selingkuh di belakang isteri, yang dilakonkan oleh Tiz Zaqyah.
"Bila saya lihat respons di media sosial, saya bersyukur watak Raof mendapat kecaman. Maknanya, plot yang ingin diceritakan menerusi siri ini sampai. Saya tak sabar menanti reaksi penonton untuk episod seterusnya," ujar Haidar.
Haidar menambah, peluang berlakon bersama Tiz disifatkan sebagai satu peluang untuk dirinya menimba ilmu.
"Saya selalu berlakon bawah produksi KL Motion, mereka memang memberi saya banyak tunjuk ajar dan saya senang bekerja dengan team yang sangat profesional.
"Berlakon dalam satu naskhah bersama aktres hebat seperti Tiz saya ibaratkan sebagai peluang untuk menimba ilmu baharu. Melihat hasil lakonan Tiz di set pengganbaran, banyak yang saya dapat belajar," katanya.
Dalam perkembangan lain, Haidar kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Jangan Lupa Janji yang bakal disiarkan di Astro Ria.
Menerusi karya arahan Michael Ang itu, Haidar membawa watak Dr. Iskandar dan berlakon dengan nama-nama besar seperti Ben Amir, Uqasha Senrose, Sharifah Shahora dan ramai lagi.
Adam Bukan Adam disiarkan setiap Khamis jam 9 malam di Astro Ria dan Astro GO.
Topic Berkaitan
#Haidar Hasanudin
#Adam Bukan Adam
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement