HIBURAN
Hafreez Adam Tolak Dakwaan Jalinkan Hubungan Sejenis - “Perlu Ke Saya Hadapi Semua Ini”
Pelakon, Hafreez Adam menafikan dakwaan dia menjalinan hubungan sejenis yang dikatakan oleh netizen terhadapnya.
Menurut Hafreez atau nama sebenarnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan dia enggan ambil pusing berkenaan dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai satu tuduhan yang tidak berasas
“Saya punya persoalan cuma satu sahaja, perlu ke saya hadapi semua ini sedangkan benda itu datang dari orang lain? Saya rasa saya tidak perlu menjernihkan keadaan yang bukan berpunca daripada saya sendiri.
“Tidak ke benda itu membuang masa dan identiti saya. Jadi, question saya satu sahaja, perlu ke saya layan benda ni. Untuk sayalah,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, pelakon berusia 34 tahun juga menyatakan orang ramai akan dengar jawapan daripada mulutnya sendiri jika dia terlibat dengan sebarang kontroversi.
Bagi Hafreez, jika dia melayan kata-kata netizen perkara itu hanya membuang masanya.
“Contohnya, kalau isu itu saya sendiri yang buat dan menjadi isu yang besar, saya rasa saya perlu explain untuk menjernihkan keadaan. Bagi saya, benda itu datang dari mulut orang lain yang duduk dirumah, typing lepas tu saya pula yang perlu jumpa dengan media untuk mengaku saya tidak buat perkara itu.
“Tidak ke benda itu membuang masa dan identiti saya. Jadi, question saya satu sahaja, perlu ke saya layan benda ni. Untuk sayalah,” jelasnya.
Bagaimanpun, Hafreez mengakui dia tidak akan ambil hati dengan spekulasi yang dilemparkan oleh netizen kepadanya.
“Saya okay je kalau netizen nak bermain dengan spekulasi sebab teka teki tu mereka sendiri yang akan dapat jawapannya la nanti. Mana tahu mereka dapat jawapan dapat hadiah kan,” ujarnya.
BERITA BERKAITAN: Hafreez Adam Hormati Keputusan Aza Azmi Menyepi Dari Dunia Seni - “Saya Rasa Mungkin Dia Perlu…”
BERITA BERKAITAN: Lakonan Terdahulu Dikatakan ‘Kayu’, Hafreez Adam Tak Ambil Hati - “Saya Bersyukur Diberi Peluang Berlakon Dengan...”
BERITA BERKAITAN: Raja Azura Puji Lakonan Hafreez Adam Dah Tak ‘Kayu’ - “Saya Nampak Kematangan Dalam…”
Must-Watch Video