,
Hiburan

Hafiz Hamidun Jadi 'Buruan' Di Indonesia, Ada Sampai Ajak Kahwin! - "Mereka Guna Wajah Saya Untuk ..."

Ainun
29/09/2024
03:55 MYT
Penyanyi dan komposer lagu nasyid, Hafiz Hamidun, mendedahkan bahawa wajahnya telah disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab di Indonesia.
Menurut Hafiz, atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Hamidun, 40, sehingga kini dirinya masih menerima laporan polis daripada mangsa yang terlibat dalam love scam yang menggunakan wajahnya.
“Wajah saya telah digunakan oleh scammer di Indonesia. Jadi, wajah saya kini menjadi buruan di Indonesia kerana love scam, namun itu bukan saya.

“Mereka menggunakan wajah saya tetapi dengan nama yang berbeza.

“Setiap hari, sehingga kini, saya masih menerima laporan polis dan tangkapan layar mengenai kes love scam. Ramai yang telah ditipu di sana,” katanya kepada Gempak.
Tambah Hafiz, mangsa love scam tersebut mendedahkan bahawa scammer telah mengajaknya berkahwin. Namun begitu, dia terpaksa menjelaskan bahawa individu tersebut bukanlah dirinya yang sebenar.
“Mereka menggunakan wajah saya untuk menipu wang orang lain.

“Ada yang sampai berjanji untuk berkahwin, memaksa saya untuk menjelaskan bahawa semua itu hanyalah penipuan semata-mata”, jelasnya.

Hafiz Hamidun berkata demikian ketika ditemui Gempak pada Sidang Media Konsert 5 Rukun 2.0 bertempat di RDC Big Studio, Sentral Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Jatuh Cinta

Selain itu, penyanyi yang terkenal dengan nasyid Raudah berkongsi bagaimana mangsa mula mencari siapakah Hafiz Hamidun yang sebenar selepas ditipu oleh scammer.

“Wanita Indonesia itu pada mulanya tidak tahu siapa saya, tetapi selepas ditipu oleh scammer yang menggunakan wajah saya, mereka mula mengenali saya dan ada yang jatuh cinta.

“Mereka cuba menghantar mesej (DM), tetapi saya tidak mahu bersikap terlalu kasar kerana mereka hanyalah mangsa love scam.
“Mangsa telah memberikan wang kepada scammer, dan jumlahnya dalam puluhan ribu ringgit. Selepas ditipu, watak tersebut hilang, dan mangsa mula mencari siapa saya.
“Bila mereka tahu saya penyanyi dari Malaysia, mereka terus menjadi peminat,” katanya.

BERITA TRENDING: Dikecam Promosi Produk Guna Gambar ‘Blur’ Pasangan Selebriti Nak Cerai, Fizi Ali Tampil Mohon Maaf - “Saya Dah Pulangkan Balik Semua Bayaran…”

BERITA TRENDING: Netizen Anggap Fattah Amin Kurang ‘Effort’ Pujuk Fazura, Wanita Ini Kongsi Pendapat - “Kita Tak Boleh Expect Semua Suami Jadi Macam Hafiz Mahamad”

Walau bagaimanapun, penyanyi itu menjelaskan bahawa dia tidak dapat membuat laporan polis di Malaysia mengenai penyalahgunaan wajahnya di Indonesia. Dia kini hanya bimbang jika wajahnya dikaitkan dengan kes jenayah di sana.
“Saya tidak boleh membuat laporan polis di Malaysia, jadi saya terpaksa memberitahu mereka bahawa laporan polis perlu dibuat di Indonesia.
“Setakat ini, saya telah melaporkan lebih daripada dua ribu akaun palsu. Apa-apa pun, saya tetap bimbang jika scammer menggunakan wajah saya hingga melibatkan kes jenayah,” jelasnya.

BERITA TRENDING: Shakilla Khoriri Dedah Ada Pihak Tuduh Abai Anak Sampai Masuk Hospital - “Lawak! Manusia Hebat Tutup Kesalahan & Kebodohan…”

BERITA TRENDING: Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun

Sekadar info, Hafiz Hamidun pernah mendedahkan dirinya tidak menolak jika mendapat jodoh ketika di usia 40-an.
Terdahulu, penyanyi itu pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada Mei 2017 namun telah berpisah pada bulan Oktober tahun yang sama.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

TikToker Bawa 11 Peguam Ke Balai Polis, Jawab Tuduhan Hamilkan Anak Artis

gempak
05/10/2024
12:40 MYT
‘Drama’ Nikita Mirzani dan kekasih anaknya, Vadel Badjideh kembali menjadi pemberitaan hangat di Indonesia selepas Tiktoker tersebut dipanggil pihak polis untuk siasatan.
Hiburan

John Legend Sifatkan Siti Nurhaliza & Yura Yunita Penyanyi Hebat, Teruja Ditemani Di Konsert

gempak
04/10/2024
15:00 MYT
Penyanyi antarabangsa, John Legend sedang mempersiapkan diri untuk konsert yang dijadual berlangsung di Sentul International Convention Centre, Bogor, Indonesia pada 6 Oktober ini.
Viral

Nak Keluarkan Duit Tapi Duit Tak Ada

gempak
04/10/2024
12:55 MYT
Dia dikhabarkan mahu mengeluarkan wang yang berjumlah 100 juta Rupiah (RM 272,945) namun dia sebenarnya tidak mempunyai akaun simpanan di bank tersebut.
Hiburan

Pinkan Mambo Cerai Kali Ketiga, Hobi Tak Sama Punca Berpisah Dengan Penjual Ubi Kayu

gempak
04/10/2024
08:46 MYT
Penyanyi Indonesia, Pinkan Mambo mengumumkan telah bercerai dengan suami, Arya Khan.
Hiburan

13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Tampilkan Band Baharu! 'Oyasumi Na Sayang' Lagu Bersama Karyawan Jepun

gempak
04/10/2024
04:35 MYT
Walaupun sudah 13 tahun tanpa album baru, Zee Avi kini sedang mempersiapkan album ketiganya.
BorakSeeni