,
Hiburan

Hafiz Hamidun Akui Tidak Fobia Untuk Berkahwin Sekali Lagi - “Kalau Ada Rezeki…”

Ainun
01/10/2024
00:55 MYT
Komposer dan penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun menegaskan bahawa kegagalan dari hasil perkahwinannya yang lepas bukanlah salah satu faktor ketakutannya untuk berkahwin sekali lagi.
Jelas Hafiz, 40, menjelaskan bahawa netizen masih menganggap kes penceraiannya itu sebagai sesuatu yang baru walaupun ianya sudah tujuh tahun berlalu.
“Kalau nak kata saya fobia, sebenarnya tidak sama sekali.

“Namun, orang masih menganggap perkara itu baru sahaja berlaku, walaupun sebenarnya ia sudah pun tujuh tahun berlalu”, katanya kepada Gempak.

Hafiz Hamidun berkata demikian ketika ditemui Gempak pada Sidang Media Konsert 5 Rukun 2.0 bertempat di RDC Big Studio, Sentral Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Pada masa yang sama, penyanyi yang terkenal dengan lagu Jodoh Berdua itu berharap netizen tidak lagi mengungkit perkahwinannya yang lepas.
Hal ini kerana, bekas isterinya, Joy Revfa telahpun mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya sendiri.
“Alhamdulillah, saya lihat sekarang ini bekas isteri saya pun sudah berumah tangga dengan pilihannya. Saya harap perkara itu tidak lagi menjadi isu”, jelasnya.
Walau bagaimanapun, Hafiz juga tidak menolak jika dirinya diberikan peluang kedua untuk berkahwin sekali lagi.

BERITA TRENDING: Hafiz Hamidun Jadi 'Buruan' Di Indonesia, Ada Sampai Ajak Kahwin! - "Mereka Guna Wajah Saya Untuk ..."

BERITA TRENDING: Datuk Khadijah Ibrahim Kemalangan Di Beaufort, Sempat Keluar Kenderaan Sebelum ...

BERITA TRENDING: 4 Bulan Pulun! Shaheizy Sam Naikkan 12KG Berat Badan Demi Watak - "Saya Makan Selagi Boleh, Sebanyak Mungkin"

BERITA TRENDING: “Mahalini Sudah Sampaikan Lagu Itu Dengan…,” - Aisha Retno Minta Peminat Raikan Bakat Bukan Bandingkan

Namun, penyanyi itu turut menjelaskan bahawa buat masa ini, dia hanya ingin fokus pada keluarga dan kerjayanya sahaja.

“Kalau ada rezeki untuk berkahwin lagi, saya akan berkahwin. Buat masa ini, saya hanya fokus kepada keluarga saya. Anak saya, Hamdee pun tidak pernah bertanyakan tentang hal itu.

“Saya tidak mahu membuat sebarang keputusan tentang isu kehidupan rumah tangga saya. Saya akan memberitahu jika ia berlaku pada waktu yang tepat.
“Bagi saya, kehidupan selepas penceraian baru sahaja bermula di mana saya mempunyai banyak perancangan selepas ini,” jelasnya.
Sekadar info, Hafiz Hamidun pernah mendirikan rumah tangganya bersama pengusaha kosmetik terkenal, Joy Revfa pada Mei 2017 namun telah berpisah pada bulan Oktober tahun yang sama.
Pada 10 Mac 2020, penyanyi itu mengumumkan bahawa dia mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Hamdee Hafiz sebagai penyeri kehidupannya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Hafiz Suip Punya Suara Tersendiri, Sayang Jika Persia-Siakan Bakat" - Dayang Nurfaizah

gempak
23/11/2024
05:55 MYT
Penyanyi Dayang Nurfaizah menyifatkan Hafiz Suip antara bakat muda yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Unitar