,
Laman Utama

Hafidz Roshdi Menyanyi Lagu ‘Cinta Tiga Segi’ Dengan Janna Nick, Komen Shuhada Pula ‘Win’!

Asyikin Mayudin
22/09/2023
08:55 MYT
Perkongsian video memperlihatkan pelakon Janna Nick menyanyi lagu Cinta Tiga Segi dengan aktor Hafidz Roshdi yang dikongsikan di laman Instagram miliknya menarik perhatian netizen.
Apa yang menarik perhatian netizen bukanlah Janna atau Hafidz tetapi komen yang ditinggalkan bekas isteri kepada aktor tersebut iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri di ruang perkongsian video tersebut.
Menerusi komen yang ditinggalkan, Shuhada berkata lagu yang dinyanyikan oleh Hafidz itu sememangnya sesuai dengan apa yang berlaku.
“Wey kena siak lagu ini dengan dia haha menceritakan segalanya,” komen Shuhada.
Lirik lagu tersebut mengisahkan tentang seorang lelaki yang sudah lama menunggu wanita yang dicintai namun kehadiran kekasih lama membuatkan cinta berputik semula.
Rata-rata netizen terhibur dengan komen Shuhada tersebut malah Janna turut membalas dengan emoji gelak.
Bagaimanapun terdapat netizen yang menegur tindakan Shuhada meninggalkan komen sebegitu memandangkan wanita itu sedang menunaikan umrah.
“Bau aura negatif sini. Janna post video ini nak promosi drama ini. Yang konon dah move on tu, tak perlu kot tinggalkan komen macam itu. Kan tengah duk buat umrah sekarang. Hati tak bersih-bersih lagi ke?” tulisnya.
Untuk rekod, Shuhada sah bercerai dengan Hafidz dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.
Kontroversi rumah tangga mereka mula timbul selepas Hafidz didakwa mempunyai hubungan sulit dengan wanita bernama Athira Yuhada yang merupakan bekas kekasih lamanya.
Shuhada berkahwin dengan Hafidz pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. Shuhada pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan sudah mencecah 14 minggu pada May lalu.
BACA SINI: “Semoga Allah Tidak Duga Rumah Tangga Mereka Nanti” - Doa Shuhada Untuk Hafidz Roshdi Dengan Bakal Pasangan Baharu
BACA SINI: Hafidz Roshdi Nafi Kahwini Athira Yuhada, Baru Fasa Berkawan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Dulu Saya Memang Terfikir Mengapa Allah Berikan Saya Ujian Sebegini, Apa Salah Saya” - Nurul Shuhada

gempak
07/09/2024
00:25 MYT
Diduga dengan pelbagai masalah hidup termasuk perceraian, bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengakui kehidupannya kini sudah semakin baik.
Hiburan

Nurul Shuhada Teruja ‘Crush’ Follow TikTok, Selama Ini Usha Dalam Diam - “Ah Jerit Satu Rumah, Tapi Kita Takut Nak…”

gempak
13/08/2024
23:55 MYT
Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada meluahkan rasa keterujaan apabila lelaki yang diminati dalam diam mula mengikuti akaun TikToK miliknya.
Hiburan

Kes Pukul Bekas Isteri Diteruskan Dengan Perbicaraan, Hafidz Roshdi Kelihatan Sugul

gempak
13/08/2024
05:44 MYT
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 14 Oktober depan untuk sebutan semula surat representasi berhubung penarikan balik kes pelakon Hafidz Roshdi atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri pada Mac lalu.
Hiburan

Dakwaan Isteri Kini Sedang Berbadan Dua, Hafidz Roshdi Tampil Beri Respons

gempak
14/07/2024
01:55 MYT
Mendapatkan jawapan Hafidz sendiri, dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kepada pihak media ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Majistriet Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.
Hiburan

Hafidz Roshdi Gembira Nurul Shuhada Tarik Balik Kes Pukul – “Saya Harap Berita Ini Membuka Mata Orang Luar Bahawa Kami…”

gempak
12/07/2024
05:25 MYT
Aktor Hafidz Roshdi meluahkan rasa syukur apabila bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menarik balik kes pukul yang difailkan sebelum ini.