gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
GMW Giveaway: Hael Husaini Antonim Night
PERADUAN
GMW Giveaway: Konsert Big Stage Alpha Minggu 4
HIBURAN
Bernadya Bengang Dituduh Plagiat Lirik Lagu Taylor Swift: “Saya Tak Munafik…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Hafidz Roshdi Dilepaskan, Dibebaskan Dakwaan Pukul Isteri - "Saya Rasa Bersyukur, Sangat Lega"

gempak
Gempak
14/05/2025
02:25 MYT
Sponsor Banner
Hafidz Roshdi Dilepaskan, Dibebaskan Dakwaan Pukul Isteri - "Saya Rasa Bersyukur, Sangat Lega"
Pelakon, Hafidz Roshdi dilepas dan dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, pada Selasa daripada pertuduhan mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, dua tahun lalu.
Perintah itu dikeluarkan oleh Majistret, Nurul Izzah Hasan Basri selepas pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pengadu tidak lagi berhasrat untuk meneruskan kes itu.
Peguam yang mewakili Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, keputusan mahkamah untuk memberikan Acquittal and Discharge (A&D) atau perintah dilepas dan dibebaskan sepenuhnya adalah berasaskan prinsip keadilan memandangkan pengadu menarik balik laporan polis terdahulu dan menyatakan dengan jelas tidak mahu meneruskan pendakwaan.
"Jika hanya diberi DNAA (Discharge Not Amounting to Acquittal), Hafidz masih boleh dituduh semula pada bila-bila masa.
"Ini tidak adil kerana pengadu sendiri sudah menyelesaikan perkara ini secara baik, laporan sudah ditarik balik, dan ada perintah persetujuan daripada mahkamah," katanya.
Menurut Akberdin, sepanjang kes berlangsung sejak tahun 2023, pihaknya sudah hadir ke mahkamah sebanyak 11 kali, termasuk bagi sebutan dan perbicaraan.
"Hari ini sepatutnya hari bicara, namun pengadu tetap tidak hadir. Sebelum ini juga dia tidak hadir atas alasan berada di luar negara dan mahkamah sudah memberikan tarikh akhir iaitu hari ini. Wang jaminan sebanyak RM4,000 turut dipulangkan kepada penjamin, iaitu bapa Hafidz," katanya.
Sementara itu, Hafidz yang ditemui selepas perbicaraan selesa meluahkan rasa syukur atas selesainya kes ini.
"Saya sangat bersyukur kepada Allah SWT, kepada nabi kita Nabi Muhammad SAW. Itu yang pertama sekali. Saya rasa sangat bersyukur. Saya rasa sangat-sangat legalah.
"Saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Akberdin dan pasukan, ibu bapa saya, peminat-peminat yang menyokong saya, keluarga saya dan juga wartawan-wartawan yang datang tadi. Terima kasih datang.
"Terima kasih kepada semua. Itu yang saya ingin ucapkan. Sebab bagi saya, kita nak teruskan ke hadapan. Kita tak nak bermusuhan. Kita tak nak apa-apa.
"Kita nak selesai secara baiklah. Alhamdulillah. Semuanya selesai dengan baik hari ini," katanya.
Terdahulu, 20 Januari lalu, Majistret Nurul Izzah memerintahkan Shuhada untuk hadir ke mahkamah, selepas gagal hadir pada tarikh berkenaan.
Shuhada sebelum itu membuat keputusan menarik balik laporan polis dan tidak mahu meneruskan kes dicederakan pada 6 Julai tahun lalu.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#pelakon
#Viral
#Mahkamah
#Hafidz Roshdi
#Pukul
#Shuhada Shukri
Must-Watch Video