HIBURAN
Hafidz Roshdi, Athira Yuhada Umum Timang Anak Sulung!
Pelakon Hafidz Roshdi mengumumkan isterinya, Athira Yuhada telah selamat bersalin cahaya mata sulung mereka pada 13 Februari lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, Hafidz berkongsi foto mereka bertiga di sebuah hospital swasta.
"Alhamdulillah. Born on 13th Feb 2025, at 7.35pm," tulisnya ringkas.
Untuk rekod, Hafidz dan Athira mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2023.
Hafidz juga mempunyai dua orang anak, Humairah (8 tahun) dan Umarr (5 tahun), hasil perkahwinan terdahulu dengan Nurul Shuhada.
Must-Watch Video