,
Laman Utama

Hafeez Mikail Dah Bertunang, Harap Bakal Isteri Tahan 'Perangai' Netizen

Izwan Isa
25/12/2022
05:50 MYT
Pelakon drama My Coffee Prince Hafeez Mikail selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Noor Azira Azman, 26 semalam.
Majlis pertunangan berlangsung di kediaman Azira yang terletak di Beranang, Selangor.
Hafeez berkata, selepas berkenalan sejak setahun lalu, dia berasakan hubungan mereka perlu dipanjangkan ke fasa yang lebih serius, seiring usia yang sudah meningkat.
“Hubungan kami bermula sebagai kawan, lama kelamaan baru kami bercinta. Tunang saya bukan orang industri.
“Umur dan meningkat, jadi saya rasa sudah sampai masanya untuk mendirikan rumah tangga. Tambahan pula keluarga pun merestui hubungan kami,” katanya.
Dalam pada itu, Hafeez berkata, mereka merancang untuk menikah pada tahun hadapan. Namun, Hafeez masih belum bersedia untuk mendedahkan tarikh pernikahannya itu.
Tambah Hafeez, dia kini sedang mempersiapkan diri agar dapat memikul tanggungjawab sebagai suami dengan baik.
“Kalau nak cakap persediaan menjadi suami orang tu dah lama sedia. Tetapi apabila sudah bertunang ini saya haruslah lebih kerja keras dan memperbaiki diri untuk jaga anak orang.
“Tarikh perkahwinan sudah ditetapkan. Nanti saya akan umumkan,” ujarnya.
Melanjutkan bicara, Hafeez berkata tunangnya itu merupakan seorang yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan terhadap kerjaya seninya.
Dia juga sudah memberi peringatan awal kepada Azira untuk bersedia dengan komen-komen netizen serta perhatian yang bakal diterima apabila bergelar isteri kepada seorang artis.
“Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah menyusahkan. Malah keluarga juga dapat menerima saya dengan baik.
“Saya sudah pesan kepada dia supaya bersedia dari segi mental kerana selepas ini pasti akan terdedah dengan netizen. Ada sahaja yang tidak kena nanti akan mendapat kritikan. Ia juga mungkin melibatkan keluarga saya dan dia nanti,” jelasnya.
Sumber: mStar Foto kredit: @cameykaelfilm
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Kecoh ‘Putus’, Asmara Vokalis Coldplay Chris Martin - Dakota Johnson Masih Membara

gempak
21/08/2024
11:50 MYT
Kecoh minggu lalu apabila hubungan cinta antara vokalis Coldplay, Chris Martin dan aktres Dakota Johnson dilaporkan berakhir.
Hiburan

Perkongsian IG Dihujani Tahniah, Nina Ismail Sabri Bakal Dirikan Rumah Tangga?

gempak
23/07/2024
01:39 MYT
Perkongsian di Instagram bekas isteri kepada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri sekali lagi mendapat tumpuan ramai selepas dirinya memuat naik gambar bersama keluarga dan seorang jejaka yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Viral

Tak Hiraukan Larangan Bergambar, Lelaki Mati Dipijak Gajah Depan Tunang

gempak
10/07/2024
13:00 MYT
Seorang pelancong dari Sepanyol maut dalam keadaan mengerikan selepas dipijak sekumpulan gajah yang berang dengan tindakannya turun dari kenderaan untuk merakamkan gambar.
Hiburan

Ruhainies Nafi Bertunang Dengan Aliff Aziz - "Itu Dah Merepek"

gempak
03/07/2024
05:15 MYT
Pelakon Ruhainies menyifatkan dakwaan dirinya akan bertunang dengan Aliff Aziz sebagai tuduhan tidak berasas.
Hiburan

Ayu Ting Ting Sahkan Putus Tunang Dengan Tentera: “Allah Menjaga Saya…”

gempak
02/07/2024
01:25 MYT
Ayu Ting Ting akhirnya memberi kenyataan tentang spekulasi hubungan pertunangan dengan Lettu Muhammad Fardhana yang sudah berakhir.