Hael Husaini Terkejut Peminat Berjaya 'Bongkar' Identiti Penyanyi Jemputan - “Mereka Lebih Hebat Dari…”
Penyanyi dan komposer, Hael Husaini meluahkan rasa kagum terhadap usaha peminat yang berjaya merungkai identiti penyanyi jemputan untuk konsert sulungnya bertajuk Hael Husaini & Repertoire yang dijadualkan berlangsung pada Ogos ini.
Menurut Hael, dia tidak menyangka peminat sanggup melakukan ‘kerja detektif’ dengan menjejak gambar-gambar lama demi mengenal pasti siapa dua penyanyi misteri yang akan muncul bersamanya di atas pentas.
“Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang buat benda tu. Saya sengaja letak tease seperti itu, tapi tak sangka mereka lebih hebat daripada saya sebab mereka boleh jumpa gambar-gambar lama itu semua.
“Tapi ia sangat menyeronokkan untuk dilihat, memang terkejut mereka lebih hebat dari apa yang saya jangka. Mungkin lepas ni kalau saya nak umumkan sesuatu, saya akan buat teka-teki yang lagi susah,” selorohnya.
Dalam masa sama, Hael turut meluahkan rasa syukur atas sambutan luar biasa terhadap tiket konsert tersebut.