Laman Utama
Hadiah Khas Buat Peminat Sepanyol, Dolla Sanggup ‘Sunburn’ Demi MV ‘Damelo’
Memiliki sebilangan peminat dari Amerika Latin merupakan faktor kumpulan band terkenal, Dolla tampil dengan lagu terbaharu berjudul Damelo yang diambil dari bahasa Sepanyol.
Menurut salah seorang ahli Dolla iaitu Sabronzo, inspirasi untuk menghasilkan Damelo terjadi selepas satu insiden di laman Twitter yang melibatkan peminat mereka dari negara tersebut.
"Kami ramai peminat yang datang dari pelbagai latar belakang berbeza termasuk beberapa negara lain. Pernah ada kejadian di Twitter, seorang peminat terpaksa translate cerita berkenaan kami dari bahasa Melayu kepada bahasa Sepanyol.
"Jadi kami fikir, kenapa tidak untuk keluarkan sebuah lagu yang ada elemen Sepanyol, oleh itu dalam Damelo kami letakkan berapa lirik bahasa Sepanyol," katanya.
Syasya turut mendedakan proses merakam muzik video Damelo agak mencabar memandangkan mereka perlu berpanas seharian di bawah cahaya matahari yang terik.
"Shooting MV memang sedikit mencabar, sebab cuaca sangat panas ketika itu. Kami shooting seharian di lokasi tersebut iaitu di kawasan padang pasir di sekitar Puncak Alam dan sebuah lokasi bengkel.
"Kulit kami juga sunburn dan bekas sunburn itu masih ada walaupun dah sebulan, tak hilang-hilang," jelasnya.
Damelo sudah berada di semua platform digital bermula 28 Julai lalu, manakala muzik videonya boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Dolla Vevo pada 4 Ogos jam 9 malam.
Must-Watch Video