Hiburan
Hadapi Kesukaran Anjurkan Konsert Jelajah, Aina Abdul Tidak Mengalah - "Bukan Nak Cakap Saya Tidak Bernasib Baik Tapi..."
Penyanyi Aina Abdul akui menghadapi kesukaran dalam menganjurkan konsert berskala besar lebih-lebih lagi apabila dia kini artis yang bergerak sendiri tanpa syarikat pengurusan.
Menurut pelantun lagu Kamu itu, meskipun menghadapi pelbagai cabaran namun dia mahu memastikan setiap penonton yang datang akan berpuas hati dengan persembahannya.
“Bukan nak cakap saya tidak bernasib baik tapi semuanya atas usaha kita sendiri.
“Tapi kalau ada yang bertanya kami sebenarnya dah berjaya menjual lebih daripada 60 peratus untuk konsert jelajah IMAJI Tour ini.
“Bukan senang nak buat konsert, nak lock lokasi dan paling penting untuk jadikan ia realiti. Jadi saya nak minta untuk support saya dengan datang ke konsert jelajah ini dan saya berjanji akan memberikan satu kelainan berbanding konsert-konsert saya sebelum ini,” katanya.
Pada masa sama, pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani juga menyatakan keputusan untuk mengadakan konsert jelajah ini merupakan satu langkah berani yang dibuat olehnya selepas hampir 10 tahun bergelar anak seni.
"Saya tak pernah buat jelajah... ini merupakan pertama kali saya adakan album tour saya.
“Jadi kiranya ini adalah satu keputusan yang sangat berani buat saya dan team sebab saya memang nak sangat buat benda ni,” tambahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Bawa Unsur Iluminati Dalam MV Kamu, Aina Abdul Tampil Beri Penjelasan - “Try To See In A Bigger Picture”
ARTIKEL BERKAITAN: Dinobat Sebagai Pemenang Bintang Popular, Aina Abdul Akui Pengorbanan 10 Tahun Berbaloi - “Perjalanan Karier Saya Tak Mudah”
ARTIKEL BERKAITAN: Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut
Sebelum ini, Aina pernah menyatakan dia hampir tidak mahu meneruskan penganjuran konsert berkenaan.
Namun dengan semangat yang diberikan oleh orang sekelilingnya terutama pihak pengurusan dia mengambil langkah berani untuk bersetuju dan untuk terus mengadakan konsert jelajah ini.
Konsert Aina Abdul Imaji Tour akan berlangsung di tiga lokasi berbeza iaitu Universiti Malaysia Sarawak pada 14 Disember 2024, Zepp Kuala Lumpur (27 Disember 2024) dan Universiti Utara Malaysia (11 Januari 2025)
Untuk harga tiket bagi di UMS dan UUM bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone)
Bagi lokasi di Zepp KL pula harga tiket akan dijual bermula dengan harga RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box.
Tiket untuk Aina Abdul Imaji Tour sudah mula dijual pada 10 September 2024 p di www.ticket2u.com.my.
Peminat juga boleh membuat pembayaran dengan menggunakan sistem Buy Now Pay Later seperti Atome dan SPayLater.
Untuk pembeli tiket OKU, anda boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518.
Konsert ini juga bagi memperkenalkan album sulungnya, Imaji yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.
Must-Watch Video