,
Hiburan

GV2019: “Love You Lil Bro” - Ikatan ‘Brotherhood’ Sham Visa & Naqiu Boboy Padu!

Azwa Rahman
27/11/2019
05:24 MYT
Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Sham Visa menganggap Naqiu Boboy seperti adiknya sendiri mengundang respon positif wargamaya.
Menerusi laman sosial Instagram, Sham berkongsi beberapa foto momen bersama Naqiu seusai membuat persembahan ketika konsert ketujuh GV2019.
“This is my brother, family of my management. This is the real champion. Love you lil bro Naqiu,” tulis Sham sebagai kapsyen.
Pada konsert yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam itu, nama Sham Visa diumumkan sebagai bintang kedua terakhir yang mara ke konsert seterusnya.
Gembira melihat Sham menerima lagu cabaran untuk ke konsert minggu kelapan, Naqiu terus menerpa memeluk Sham di atas pentas sambil disaksikan seluruh penonton GV2019.
Aksi ‘brotherhood’ itu juga mengingatkan wargamaya pada babak di dalam filem Avengers apabila Peter Parker (Spiderman) memeluk erat Tony Stark.
Ikatan kekeluargaan yang erat itu juga mengundang sebak dan rasa kagum wargamaya terhadap dua bintang itu.
I love you 3000 #gegarvaganza2019 pic.twitter.com/MnBPBiFdNE— MLHK (@luqmanhkm14) November 24, 2019 Jangan lupa saksikan konsert kelapan GV2019 pada hari Ahad ini 1 Disember 2019 pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.