gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
LIMA'25: TLDM Siasat Insiden Bot Hilang Kawal Semasa Raptai Demonstrasi Segmen Maritim
BERITA
Pemandu Trak FRU Menangis, Luah Rasa Bersalah Kehilangan 9 Rakan Seangkatan
VIRAL
Jason Dapat Permintaan Cuba Tiramisu Isteri Jofliam, Netizen Tak Sabar Tunggu ‘Review’ Jujur - “Kawan Saya Suruh Maknanya Saya Kena Cubalah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Guru Tak Sempat Ucap Tahniah Akhirnya Anak Didik Dapat ‘A‘ Dalam SPM - “Arwah Dah ‘Pergi’ Isnin Lepas”

gempak
Khairil Khusyairi
25/04/2025
10:20 MYT
Sponsor Banner
Guru Tak Sempat Ucap Tahniah Akhirnya Anak Didik Dapat ‘A‘ Dalam SPM - “Arwah Dah ‘Pergi’ Isnin Lepas”
Seorang guru mencuri tumpuan apabila berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anak didiknya baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, guru yang dikenali sebagai Muslim Ismail turut berkongsi perjalanan anak muridnya itu yang dikatakan seorang yang kerap tidak hadir ke sekolah akibat masalah tertentu.
“Murid ini waktu tingkatan 4, hampir dibuang kerana sangat kerap ponteng, atas usaha GPK Hem dan kaunselor, dia datang semula ke sekolah.
“Seorang murid baik dan lurus, tiada masalah disiplin, cuma kerap tidak hadir ke sekolah. Mungkin dunia persekolahan tidak mesra padanya, bidang akademik yang penuh persaingan dan perbandingan mungkin menyebabkan dia menjauh disebabkan kelemahannya untuk memahami dan mengingat.
“Tapi dia suka menyanyi. Aku masukkan dia dalam kumpulan puisi dan lagu sekolah. Kami tak menang, tapi dia mula suka ke sekolah, mungkin sebab rasa dihargai. Mungkin itu juga menjadi antara memori terbaiknya di alam persekolahan,” kongsinya.
Dalam perkongsian tersebut, Muslim berkongsi tangkap layar memaparkan slip keputusan pelajarnya itu yang gagal 5 subjek dan hanya mendapat keputusan A (cemerlang) dalam mata pelajaran yang diajar Muslim iaitu subjek Landskap dan Nurseri.
“Dalam subjek landskap yang aku ajar, dia tak pernah lulus pun peperiksaan, tapi dia rajin dan ringan tulang menyiapkan tugasan.
“Walaupun tidak sempurna, tetapi dia berusaha. Aku tak marah pun sebab aku tau kelemahannya, dan kadang-kala bila dia ditinggalkan bas selepas tuisyen petang, waktu aku hantar pulang, sempat juga aku titip kata-kata,” kongsinya lagi.
Namun, dia akhir perkongsian tersebut, Muslim memaklumkan dia tidak dapat bertemu dan mengucapkan tahniah kepada pelajarnya itu kerana anak didiknya itu telah meninggal dunia.
“Hari ini dia dapat A-. Tapi aku tak dapat jumpa dia untuk ucap tahniah.
“Dia dah pergi isnin lepas kerana jangkitan kuman selepas pembedahan apendiks.
“Awak tak banyak dosa, nanti tolong saya kalau saya di sebelah satu lagi pinta pada Tuhan supaya saya diampunkan,” tutupnya penuh hiba.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dan tersentuh terhadap perkongsian tersebut.
Rata-ratanya menyifatkan Muslim adalah seorang guru yang hebat.
“Sedihnya..arwah pasti pelajar yang baik dan mendengar kata. Saya guru jadi saya faham apa yang guru ni rasa. Tersentuh rasa hati,” komen seorang guru.
“Al-fatihah.Memang masih wujud cikgu yang macam cikgu ni cuma tak ramai. Terima kasih cikgu,” komen netizen.
“Saya menangis terharu dan sedih membaca kisah ini. Al fatihah untuk arwah. Terima kasih cikgu-cikgu yang sentiasa berhempas pulas mendidik anak-anak di sekolah. Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran bahawa ada pelajar perlu diberi perhatian dan rasa dihargai,” komen netizen sebak.
“Al-fatihah buat arwah. Terima kasih cikgu yang sentiasa bagi semangat pada yang lemah,” komen netizen lagi.
Topic Berkaitan
#Meninggal
#Dunia
#Anak didik, keputusan, SPM, Cemerlang, Guru, Pergi,
Must-Watch Video