,
Laman Utama

Guru Pusat Asuhan Bongkar Kanak-Kanak 6 Tahun Didera Bapa Tiri

Gempak
27/03/2023
22:50 MYT
Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mendera anak tirinya berusia enam tahun di Kampung Alor Lanchang Jejawi, Arau, Perlis.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata pihaknya menerima laporan daripada guru pusat asuhan tempat kanak-kanak itu belajar pada 22 Mac lalu.
"Guru wanita terbabit telah membuat pemeriksaan terhadap tubuh kanak-kanak berusia enam tahun berkenaan dan menemui beberapa kesan lebam lama dan baharu pada tubuh mangsa.
“Guru terbabit bertanya mangsa sebelum diberitahu dia telah dipukul oleh bapa tirinya kerana tidak menuruti kata-kata suspek.
“Guru terbabit kemudian menghubungi ibu mangsa dan ibu mangsa turut maklumkan bahawa dia dan anaknya telah menjadi mangsa pukul,” katanya.
Ahmad Mohsin berkata, hasil siasatan mendapati mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik.
Katanya, pemeriksaan di hospital mendapati terdapat kesan parut lama pada bahagian belakang, tangan kanan dan kiri, paha kanan serta pipi kanan mangsa.
“Doktor juga mengesahkan tiada sebarang kesan kecederaan atau parut pada bahagian badan ibu mangsa dan dua adik mangsa yang lain,” ujarnya.
Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
Suspek berusia 34 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 30 Mac untuk membatu siasatan
di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana melakukan penderaan fizikal terhadap kanak-kanak dan seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. - AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Berita

Pasang CCTV Atas Kepala Demi Keselamatan Anak Gadis

gempak
17/09/2024
18:50 MYT
Bapa yang terlalu sayangkan anaknya itu sanggup memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) di atas kepala anaknya untuk tujuan perlindungan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.