,
Laman Utama

Guru Alami Kerugian Puluhan Ribu Ringgit Sebab Nak Beli Kucing Kaki Pendek

Izwan Isa
29/08/2023
04:50 MYT
Gara-gara ingin memiliki kucing baka Munchkin, seorang guru mengalami kerugian sebanyak RM37,750 kerana terpedaya dengan penipuan haiwan kesayangan yang tidak wujud di platform Facebook.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, wanita berusia 39 tahun yang tinggal di Alor Gajah itu pada mulanya tertarik dengan iklan jualan kucing baka berkenaan yang ditawarkan pada harga RM600 di platform media sosial itu pada 23 Ogos lepas.
"Mangsa kemudian diminta membayar deposit berjumlah RM300 ke akaun bank yang diberikan sindiket penipuan berkenaan.
"Wanita itu kemudian diminta membuat beberapa bayaran berperingkat (kononnya) bagi tujuan lesen Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan), kos penerbangan dari luar negara serta lesen import kucing dengan jumlah keseluruhan RM37,750 dalam tempoh tiga hari bermula 24 Ogos lepas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, apabila guru itu menyedari ditipu selepas melakukan transaksi berkenaan, wanita itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Alor Gajah, semalam, dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Orang ramai dinasihatkan berwaspada, dan segera menelefon Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 agar tindakan pantas menyekat wang yang dipindahkan kepada sindiket penipuan dapat dilakukan," katanya.
Sumber: Bernama menerusi Sinar Harian
BACA: [VIDEO] “Makin Rosak Rumah Mama, Ayah” - Dah Bayar Lebih RM240,000, Amyra Rosli Reda Kena Scam Dengan Interior Designer​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Berita

Kucing Tertua Mati Pada Usia 33 Tahun

gempak
16/09/2024
18:55 MYT
Kucing baka bulu panjang bernama Rosie itu mati di dalam rumahnya di Norwich, Norfolk.
Viral

Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup

gempak
15/09/2024
18:39 MYT
Seorang wanita ditahan dengan helaian bulu kucing berada pada bibir dan darah di tangannya, di sebuah kawasan perumahan di Canton, Ohio, lapor akhbar Metro UK baru-baru ini.
Berita

Pelajar Hidap Penyakit Sopak Selepas Ditampar Guru

gempak
08/09/2024
18:55 MYT
Huang berkata, dia membawa anaknya, Liu yang berusia 11 tahun ke hospital selepas menyedari pipi kanan anaknya membengkak teruk.
Viral

Gara-Gara Makan Berlebihan, Kucing 'Oyen' Cecah Berat Lebih 17 Kilogram

gempak
08/09/2024
11:55 MYT
Seekor kucing jantan gergasi yang memiliki berat menyamai kanak-kanak ditemui tinggal di ruang bawah tanah sambil makan biskut dan minum sup.