Laman Utama
Guna Saka Untuk Sebar Ajaran Sesat, Peneman Bikin Tak Senang Duduk! Eh Jap, Kenapa Ada Tok Adi Ni?
Semakin moden dunia, semakin meliar kepercayaan khurafat. Salah satunya menggunakan saka untuk menyebarkan ajaran sesat!
Kisah itu antara diangkat dalam telefilem Peneman yang akan ditayangkan pada malam ini.
Bagi yang merindukan lakonan Fendy Bakri, inilah peluang untuk menyaksikan hero pujaan ramai itu melakonkan watak antagonis.
Namun, lebih menarik apabila watak Tok Adi dari Tanah Kubur lakonan Nasir Bilal Khan turut ditampilkan dalam Peneman.
Peneman berkisar mengenai Jebat yang menggunakan saka untuk menipu pengikutnya. Dia memberitahu yang dia ada mukjizat dan mengajar ajaran sesat pada mereka.
Jebat juga memudahkan solat dan mereka jugak akan ke Makkah mengerjakan haji hanya dengan mengelingi pokok besar dan selesailah ibadah haji.
Farif mula tertarik dengan ajaran Jebat dan menjadi pengikutnya tanpa pengetahuan Tok Adi. Tok Adi mula mengesan bila Farid tak kisah pasal solat dan memberitahu bahawa dia di tahap rasul tak perlu untuk solat.
Jebat boleh mengubati orang yang dirasuk hantu dan jugak mencari orang yang hilang di hutan. Semua ini adalah dengan bantuan saka ayahnya yang telah meninggal dunia. Jebat tertarik dengan Jamilah dan mau memilikinya. Tok Adi akhirnya mula bertindak untuk menjaga kembali keselamatan kampung mereka.
Drama yang dibintangi Fendy Bakry, Syafi Tee dan Nasir Bilal Khan dan ramai lagi akan ditayangkan pada malam ini pukul 9 malam di saluran Astro Citra.
Must-Watch Video