,
Hiburan

Guna Kehebatan Ke Arah Profesional, Bukan Minta Untuk Dikecam" - Anak Sulung Pengasas Dnars Kosmetik Tegur Aliff Syukri

Zulaikha Yusof
12/03/2020
03:42 MYT
Anak sulung pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Iqbar Hakim Jasman, 21, tampil memberi teguran terhadap perbuatan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang telah mengguris hati ibunya, Rozita Ibrahim.
Kata Iqbar, seharusnya kehebatan Aliff dalam dunia perniagaan sepatutnya digunakan ke jalan yang lebih bermanfaat bukan dipersia-siakan.
"Saya terpanggil untuk buat video ini apabila melihat seorang ibu meluahkan rasa kecewa dengan anaknya. Saya yakin ibu mana pun dia sayang dengan anak, anggaplah itu cuma beri nasihat.
"Jadi saya rasa Bonda Rozita adalah individu yang paling lama dalam dunia kosmetik. Beliau memang idola kepada semua orang.
"Datuk Aliff pun tidak ada kurangnya. Dia seorang anak lelaki yang kuat semangat dan ligat pemikirannya.
"Tapi pendapat saya kehebatan Datuk harus digunakan dengan cara membantu usahawan-usahawan muda, buat seminar ke atau dengan cara profesional yang akan membuat orang lain hormat.
"Bukan dengan cara yang minta untuk dikecam. Itu bukan tahap Datuk," katanya menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG).
Dalam pada itu, Iqbar berharap agar selepas ini Aliff tidak lagi mengulangi kontroversi yang tidak sepatutnya dilakukan.
"Saya harap teguran bonda itu akan membuatkan Datuk memberi teladan yang baik selepas ini dan mengurangkan kontroversi yang tidak sepatutnya terjadi.
"Kalau saya ada tersalah cakap, maaf dari saya. Assalamualaikum," katanya lagi.
Terdahulu, Rozita membuat pengakuan terbuka melalui media sosial mengenai kedegilan anaknya untuk berubah.
Aliff terus mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video air mata darah bagi mempromosikan single terbarunya, Coba Bahagia.
BACA: "Menyanyi Ke Mengeja" - Kongsi Teaser Muzik Video Lagu Baru, Aliff Syukri Dikritik… Siap Ada Air Mata Darah!
Saksikan program yang pernah dijayakan oleh Aliff di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

gempak
17/08/2024
08:55 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi perkhabaran gembira di mana dirinya dihadiahkan kereta mewah jenis Ferrari oleh isterinya, Datin Seri Shahida.
Viral

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Tak Mampu Upah Peguam - "Saya Tak Ada Wang Ringgit, Tapi Saya Ada Allah"

gempak
26/06/2024
00:45 MYT
Bekas pembantu kepada usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Melati Abdul Ghani akan meneruskan perjuangan biarpun tanpa bantuan peguam.
Viral

Masih Degil & Ego, Aliff Syukri Enggan Beri Peluang Lagi Pada Bekas Pembantu Peribadi - "Sekarang Baru Sedar Langit Tinggi Atau Rendah"

gempak
25/06/2024
09:11 MYT
Baru sahaja menang kes saman fitnah terhadap bekas pembantu peribadinya, Melati Abdul Ghani, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri kali ini memuat naik hantaran meluahkan perasaannya berhubung permasalahan itu.
Hiburan

Jual Durian RM8 Sekilo, Netizen Puji Sikap Pemurah Aliff Syukri! - "Perangai Walau Kadang Mak Sendiri Tak Boleh Faham, Tapi Dia Bersedekah"

gempak
19/06/2024
13:55 MYT
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menerima pujian netizen apabila dirinya menjual durian dengan harga hanya RM8 sekilogram.
Viral

Saran Angkat Call Boss Luar Waktu Kerja, Ramai Tak Setuju Dengan Aliff Syukri - “Kena Ingat, Pekerja Pun Nak Juga Waktu Rehat”

gempak
16/06/2024
08:00 MYT
Saranan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri berkenaan pekerja harus sentiasa bersedia menerima panggilan daripada majikan ketika di luar waktu bekerja nampaknya tidak dipersetujui netizen.