,
Laman Utama

Grammy Awards 2023: Harry Styles Bawa Pulang Trofi Album Terbaik & Hampir Jatuh

Maliah Surip
06/02/2023
09:44 MYT
“Ini tidak berlaku kepada orang seperti saya selalu. Jadi ini adalah sangat menarik,” kata Harry Styles dengan tenang dan teruja selepas diumumkan sebagai pemenang Album Terbaik Grammy Awards 2023.
Daripada enam pencalonan, selain Album Terbaik, Styles juga membawa pulang penghargaan dalam kategori Vokal Pop Album Terbaik.
Mantan anggota One Direction itu juga tampil membuat persembahan mendendangkan hitnya, As It Was. As It Was merupakan single dari album ketiganya, Harry’s House yang rilis pada April 2022.
Styles malah kelihatan hampir terjatuh sewaktu membuat pergerakan turun dari salah satu prop yang bergerak untuk menyanyi bersama band yang mengiringi persembahannya.
“Membikin album ini dari awal sehingga habis merupakan sebuah pengalaman yang berharga dalam hidup saya.
“Saya menggarapnya bersama dua sahabat baik dan meraikan kemenangan ini bersama mereka adalah hal yang baik,” ujar Styles sewaktu memberi ucapan selepas dinobatkan sebagai Vokal Pop Album Terbaik.
Terdahulu penampilan lelaki berusia 29 tahun itu mencuri perhatian sewaktu berada dalam sesi karpet merah.
Styles hadir memakai jumpsuit yang ditaburi Swarovski berwarna warni sekaligus disifatkan oleh pemerhati sebagai antara penampilan paling hangat dalam acara yang juga menjadi medan fesyen buat tetamu yang hadir.
Grammy Awards 2023 yang berlangsung di Crypto.com arena di Los Angeles juga menyaksikan kemenangan beberapa pemuzik berpengaruh lainnya termasuk Adele (Persembahan Vokal Pop Terbaik) menerusi lagu Easy On Me dan Beyonce dinobatkan sebagai (Album Dance/Electronic Terbaik) iaitu Renaissance.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

14 Karya Astro Tercalon Dalam ContentAsia Awards 2024

gempak
19/07/2024
08:31 MYT
Astro telah berjaya memperoleh 4 pencalonan pada Anugerah ContentAsia pada tahun 2024.
Hollywood

Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert

gempak
20/04/2024
05:08 MYT
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Viral

Peminat Terberak Dalam Seluar Tampil Minta Maaf - "Sesiapa Yang Terkena Najis Saya Boleh…

gempak
20/02/2024
03:00 MYT
Kemeriahan Anugerah Muzik Hanteo 2024 bertukar menjadi ‘kecoh’ selepas salah seorang daripada peminat membuang air besar di dalam seluar ketika majlis itu berlangsung.
Laman Utama

#GMWA2022: “Ada Yang Terpeleot Kaki,” - The Sara Sisters Teruja Nak Buat Persembahan, Kongsi Kisah Lucu Sesi Latihan

gempak
26/02/2023
02:45 MYT
Memang meletup persembahan The Sara Sisters ya.
Laman Utama

Akhirnya Terjawab! Kak Lina Lah Pengacara Wanita Yang 'Diburu', Paling Dikehendaki

gempak
15/02/2023
13:30 MYT
Tahniah Kak Lina