,
Berita

Google 'Terpadam', Pengguna YouTube, Gmail Jadi 'Huru Hara', Buat Meme

Maliah Surip
14/12/2020
13:21 MYT
Pengguna Internet di seluruh dunia sedang berhadapan dengan masalah tidak dapat mengakses Google termasuk aplikasi YouTube, Google Assistant, Google Docs dan banyak lagi apabila servis tersebut 'terpadam'.
Menurut laporan BBC.com, gangguan tersebut dikesan berlaku sekitar tengahari tadi waktu UK dan merebak ke Amerika Syarikat, Jepun serta negara negara lain di dunia termasuk Malaysia sekitar pukul 7.50 malam tadi.
Gangguan itu membuat jutaan pengguna seluruh dunia mengalami masalah dengan kandungan tidak boleh dicapai selain memaparkan mesej masalah teknikal.
"Kami maklum mengenai gangguan yang terjadi kepada pengguna Gmail," kata satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Gmail, yang digantikan oleh servis lain di Twitter.
Namun sehingga kini, punca gangguan tersebut berlaku belum diketahui.
Bagaimanapun, enjin carian Google tidak mengalami gangguan.
Sementara itu, insiden terjadinya gangguan pada Google dan aplikasi lainnya sempat dijadikan meme oleh netizen.
Banyak yang mempersenda dan memuat naik foto foto meme terkait isu yang terjadi.
Kredit Foto: The Verge
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Remaja Maut, Doktor Bedah Berpandukan Tutorial Pembedahan Di YouTube

gempak
14/09/2024
07:25 MYT
Doktor dikenali sebagai Ajit Kumar Puri itu didakwa menggunakan tutorial melakukan prosedur membuang batu hempedu di YouTube ketika insiden pada minggu lalu.
Viral

Dah Lama Tak Dilihat Bersama, Cupcake Aisyah Buka Mulut Mengenai Nana - “Saya Hormat Keputusannya…”

gempak
06/07/2024
23:55 MYT
Youtuber dan pelakon, Nur Aisyah Muhammad Razip atau Cupcake Aisyah akhirnya berbicara mengenai kisah sebenar yang berlaku antara dia dan sepupunya, Nana.
Terkini

PMX Sambut Baik Hasrat Pelaburan RM9.41 Bilion Google Di Malaysia

gempak
30/05/2024
04:52 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pengumuman pelaburan asing ke Malaysia, susulan pengumuman gergasi teknologi Google di Malaysia sebanyak AS$2 bilion (RM9.41bilion) baru-baru ini.
Viral

Tempatkan Lelaki & Perempuan Dalam Satu Rumah, Kandungan YouTuber Ini Diselar Netizen

gempak
17/05/2024
06:55 MYT
Sebuah video di satu saluran YouTube mengundang pertanyaan ramai apabila kandungan yang dibuat memperlihatkan beberapa orang lelaki dan perempuan bersekedudukan dalam satu rumah selama 77 hari. Bagaimanapun, apa yang memisahkan antara lelaki dan perempuan di dalam rumah berkenaan hanyalah satu dinding mudah alih yang disediakan dan digunakan ha
Hiburan

Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"

gempak
05/05/2024
09:55 MYT
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.