,
Hiburan

Good Vibes Festival 2024 Dibatalkan, Jadi Trending & Topik Hangat Di Media Sosial

Mya Amri
01/07/2024
21:30 MYT
Penganjuran acara muzik tahunan, Good Vibes Festival 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 20 dan 21 Julai depan telah pun dibatalkan serta merta.

Hormati pertabalan Agong

Pihak penganjur iaitu Future Sound Asia telah membuat pengumuman itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram rasmi Good Vibes Festival pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, pembatalan tersebut dilakukan menghormati istiadat pertabalan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 yang bakal berlangsung di Balairung Seri Istana Negara pada 20 Julai 2024.

Sebarang persembahan berskala besar melibatkan artis antarabangsa juga tidak dibenarkan berlangsung pada tarikh yang sama dan pihak berkuasa mengarahkannya agar ditunda ke tarikh lain.
Berikut merupakan kenyataan penuh pihak penganjur:
Sementara itu, di media sosial pula topik mengenai festival ini hangat diperkatakan sehingga menjadi trending di platform X.
Rata-rata netizen menyuarakan pendapat mereka mengenai pembatalan tersebut.
Namun ada juga netizen yang berseloroh dengan menyuruh pihak penganjur mandi bunga kerana bukan kali pertama festival ini dibatalkan. Untuk info, Good Vibes Festival 2024 membariskan nama-nama bintang antarabangsa dan lokal untuk membuat persembahan di tapak parkir bas Genting Highlands Premium Outlet.
Antara bintang yang dimaksudkan adalah Joji, Russ, J Balvin, Henry Moodie, Tiger JK & Yoon Mi Raae serta ramai lagi.
Terdahulu, Good Vibes Festival 2023 pernah diarahkan batal oleh pihak kerajaan setelah kumpulan pop rock Inggeris, The 1975 melakukan aksi terlarang di atas pentas seperti bercium sesama jenis, mengeluarkan kata-kata kesat bagi menghina undang-undang di Malaysia dan membawa botol arak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur

gempak
18/09/2024
09:40 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: ADA Afgan & Lyodra Live in Kuala Lumpur Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2

gempak
13/09/2024
09:12 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1

gempak
13/09/2024
09:08 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR

gempak
12/09/2024
05:40 MYT
Siapa nak menang hadiah untuk ke SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 7

gempak
04/09/2024
16:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 6 Secara Percuma? Memang best!