,
Laman Utama

“Good Idea Lets Do It..” - Syamsul Yusof Sambut Baik Cadangan Maya Karin Mahu Jadi Mahsuri

Azwa Rahman
16/08/2022
09:45 MYT
Pelakon dan pengarah Syamsul Yusof menyambut baik hasrat aktres Maya Karin untuk menterjemah watak lagenda, Mahsuri ke layar perak.
Menerusi laman sosial Instagram, Syamsul berkongsi tangkap layar berita tersebut dengan kapsyen seolah-olah bersetuju dengan tawaran Maya.
“Good idea lets do it @maya_karin,” tulis Syamsul.
Sekitar minggu lalu, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke sudah lama mengidamkan watak ikonik tersebut.
Malah, bintang Pontianak Harum Sundal Malam itu memetik nama Syamsul untuk mengarahkan filem tersebut selepas kejayaan filem Mat Kilau yang berjaya mengutip hampir RM100 juta.
BACA: Maya Karin Idam Lakon Watak Mahsuri Dalam Filem, Petik Nama Syamsul Yusof Sebagai Pengarah – “Saya Sudah Lama Teringin Nak Buat Mahsuri”
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya meluahkan rasa teruja selepas melihat idea tersebut mendapat maklum balas positif.
“Menarik!” komen Salina Saibi
“Harap kekal penjagaan aurat seperti Mat Kilau Insyallah,” cadang seorang wargamaya.
“Bestnya! Makin terdedah bangsa kita dengan cerita kita, alhamdulillah,” ujar seorang wargamaya.
“Mesti best ni, teringin nak tengok cerita Mahsuri difilemkan,” puji seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 15,000 tanda sokongan daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

Terima Kasih Kerana Doakan Baik-Baik Untuk Saya - Syamsul Yusof

gempak
05/09/2024
04:17 MYT
Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pengikutnya yang mendoakan kebaikan buat dirinya.
Hiburan

Ira Kazar Enggan Komen Selepas Sah Cerai Talak Satu

gempak
05/09/2024
03:56 MYT
Anak kepada pelakon, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar sah bercerai talak satu dengan pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.