,
Hiburan

#GMWA23: “Saya Anggap Peminat Lebih Daripada Keluarga” - Anna Jobling

Izwan Isa
26/02/2024
08:55 MYT
Pelakon Anna Jobling menyifatkan hubungannya dengan peminat tidak sekadar artis dan penyokong.
Sebaliknya, Anna meletakkan hubungan dia dan peminat yang bernaung di bawah bumbung Anna Jobling FC lebih daripada itu.
“Saya sangat rapat dengan peminat dan saya anggap mereka lebih daripada keluarga.
“Dengan peminat, saya selalu keluar makan bersama dan sering membalas pesanan yang dihantar menerusi DM.
“Saya hargai sokongan mereka terhadap saya. Sebagai contoh kalau mereka undi saya dan post di Instagram Story, saya akan repost kembali,” katanya kepada Gempak.
Anna berkata demikian selepas diumumkan sebagai penerima anugerah Gempak Most Wanted 2023 di Gempak Most Wanted Awards 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya pada Ahad.
Menerima undian sebanyak 1,549,083 sejak undian Top 5 Gempak Most Wanted Awards dibuka pada 17 Januari lalu, Anna turut menggondol anugerah Selebriti Digital Tergempak dan anugerah Sunsilk Rambut Boom pada majlis sama.
Selain dua anugerah individu, drama lakonannya iaitu Melur Untuk Firdaus 2 dipilih sebagai Drama Tergempak, mengulangi sejarah Melur Untuk Firdaus musim pertama pada Gempak Most Wanted 2022.
Pemilik nama lengkap Anna Ellisa Gustin Jobling itu mula dikenali selepas muncul sebagai peserta Dewi Remaja 2018/2019.
Nama mula disebut-sebut dalam kalangan peminat selepas drama lakonanya, Melur Untuk Firdaus menuai perhatian peminat dan penonton naskhah bersiri tempatan.
Gara-gara drama tersebut, karier Anna meroket sehingga ke Indonesia, menyebabkan cabang lakonannya mula mengembang di sana.
Anna turut menarik perhatian umum apabila dipilih untuk menjadi model klip video bagi lagu Bertengkar Manis nyanyian Datuk Seri Rossa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Ada Pihak Tak Setuju Anna Jobling Jadi Juri ‘Muzikal Lawak Superstar’ 4, Ini Respons Tuan Badan - “Ini Kali Pertama, Berikan Saya Peluang…”

gempak
13/09/2024
01:55 MYT
Sebaik sahaja Anna Jobling diumumkan sebagai juri program Muzikal Lawak Superstar 4, ada dalam kalangan netizen dan pelawak senior yang berasakan kurang setuju dengan pemilihan aktres.
Hiburan

Saiful Apek Dedah Detik Cemas Maya Karin Hampir Lemas, Mata Masuk Air Laut & Klip Rambut Pula Tersangkut Pada Jaring - “Saya Yakin Insiden Itu…”

gempak
04/09/2024
07:55 MYT
Pelakon dan pelawak Saiful Apek mendedahkan aktres Maya Karin hampir lemas ketika melakukan babak dalam air sewaktu penggambaran filem Duyung pada 16 tahun lalu.
Hiburan

Anna Jobling Bakal Jadi ‘Duyung’, Letak Kepercayaan Pada Produksi Soal Pakaian - “Saya Rasa Mereka Pun Tak Nak Orang Kecam…”

gempak
03/09/2024
23:55 MYT
Bakal memegang watak duyung dalam filem sekuel ‘Duyung: Lagenda Aurora’, pelakon Anna Jobling berkata dia sudah meletakkan kepercayaan kepada pihak produksi dalam soal pakaiannya.
Hiburan

Baim Wong Kongsi Pengalaman Bekerja Bersama Anna Jobling - “Dia Memang Bagus, Cuma Dia..”

gempak
20/08/2024
12:55 MYT
Pelakon dari seberang, Baim Wong tampil berkongsi pengalaman sewaktu di set penggambaraan bersama aktres Anna Jobling menerusi filem pertama arahannya iaitu, Lembayung.
Hiburan

Anna Jobling ‘Nervous’, Tak Sangka Dipilih Oleh Baim Wong - “Dia Nak Tengok Saya Depan-Depan”

gempak
31/05/2024
01:57 MYT
Pelakon Anna Jobling mengakui dia berasa terkejut apabila selebriti Indonesia terkenal Baim Wong memuji lakonannya ketika melakukan uji bakat untuk filem hantu terbaharunya.